in

“Effort cikgu ni memang terbaik” – Tunjuk Cara Mengajar Online, Guru Ini Dapat Pujian Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelas secara online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah norma baharu tatkala kita sedang dilanda wabak Covid-19. Umum mengetahui ramai para guru yang struggle untuk mencurahkan ilmu kepada murid mereka.


Dengan keadaan yang penuh struggle, seorang guru telah tampil kreatif dalam PdPR-nya. Effort cikgu ni memang patut dipuji. Korang boleh tengok effort cikgu tu buat itu ini untuk kelas online dalam video @yanakhairuddin kat bawah ni.

 

Effort yang luar biasa!

Tak sangka dibalik tabir PdPR ni susah juga sebenarnya. Nak kena setting itu ini, budget untuk beli peralatan jangan cakap lah kan. Terbaik lah cikgu!

Betul, effort dan jasa cikgu-cikgu yang bersungguh nak mencurahkan ilmu ni kita patut puji. Kalau boleh pihak sekolah usahakan penghargaan untuk dorang ni nice gak.

Kann.. susah sebenarnya nak setting itu ini. Kena pulak ada masalah teknikal, memang naya lah kan. 

Admin pun rindu cikgu-cikgu dekat sekolah dulu. Pengorbanan untuk bagi ilmu kepada kita tu yang buat kita respect kat dorang. Terima kasih cikgu-cikgu semua!

 

Baca: “Saya akui kelemahan” – Viral Kes Guru Didik TV Diketawakan DJ Radio,  Cikgu Rafidah Tetap Bangga Jadi Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.