in

Dusun Haji Wahab Beri Pelanggan Cuba Sebiji Durian Secara Percuma, Jual Dengan Harga RM15 Je!

Durian 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja raja buah, semua orang pasti teringatkan bau buah berduri yang menusuk ke hidung. Bukan sahaja popular di Malaysia, keunikannya membuatkan buah durian digilai ramai orang di seluruh dunia. Ada yang sampai sanggup berjalan jauh semata-mata kerana mengidam nak makan durian.

Kalau ke kedai mahupun pesta durian yang selalu sangat kita dengar dianjurkan di seluruh negara, buah durian yang disediakan kadang-kadang tidak elok ataupun tidak cukup masak. Sudahlah berhabis duit membeli durian yang diidamkan dengan harga mahal, tapi bila dah buka tengok-tengok tak elok pula.


Du1
sumber: adelia amin

Bagi penggemar durian, tak perlu risau lagi untuk menikmati durian yang elok dengan harga murah kerana ada satu tempat ni yang boleh anda serbu untuk menikmati durian dalam suasana yang best!

Berdasarkan perkongsian seorang penulis bernama Adelia Amin, tempat ini hanya terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Kuala Lumpur sahaja! Lebih kurang 30 minit pemanduan dari ibu kota, anda akan tiba di dusun durian milik Haji Wahab dan isterinya, Makcik Saadiah yang terletak di Kampung Batu 5, Jalan Bangi Lama.

Du3
sumber: adelia amin

Dengan keluasan tiga ekar, dusun yang menempatkan 90 batang pokok durian ini boleh membuatkan anda rasa seperti sedang makan durian di kawasan kampung sendiri. Suasana hijau menenangkan, anda akan disambut dengan longgokan durian yang baru gugur setibanya di sana.

Terus dikutip selepas jatuh ke tanah, durian-durian Haji Wahab memang berkualiti dan bukannya yang jenis tidak cukup masak atau dimakan tupai. Yakin dengan kualiti duriannya, Haji Wahab berani memberikan sebiji durian untuk dicuba pelanggan secara percuma sebelum mereka membelinya.

Du4
sumber: adelia amin

Harga durian yang dijual oleh Haji Wahab adalah RM15 untuk satu kilogram. Paling penting, buah durian boleh ditukar dengan yang lain jika buah tersebut mangkak (tidak masak) atau tidak elok. Wah, servis macam ni la bagus!

“Rezeki kami pada tahun ini, durian di kampung ini saja yang menjadi tetapi kampung sebelah tidak berbuah,” kata Haji Wahab.

Du6
sumber: adelia amin

Sesiapa yang ingin merasa pengalaman menarik menikmati buah durian di dusun ini dinasihatkan menghubungi Haji Wahab di talian 016-9962335 terlebih dahulu untuk memaklum kehadiran anda.

Kaki durian, buat apa tunggu lagi? Jom terjah dusun Haji Wahab ni!

Baca: Gerai di Sentul Ini Jual Durian Musang King Hanya Dengan Harga RM35! Jom Serbu!

Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.