in

“Dunia makin canggih weyh” – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi ‘Pemerhati’

Untitled Design 4 2 E1665290878848

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Singapura telah menggunakan idea yang agak unik dalam memerhatikan rakyat di negara itu supaya sentiasa mematuhi arahan penjarakan sosial. Hal ini tercetus selepas negara tersebut menyaksikan jumlah kes positif yang semakin hari semakin meningkat.


Menerusi worldometer, sejak semalam Singapura mencatatkan kes keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 23,822, dengan kes terbaru sebanyak 486 kes.

Robotanjing5.Jpg

Susulan daripada keadaan yang mendesak, Singapura menggunakan robot anjing yang diberi nama ‘SPOT’ dalam menguatkuasakan garis panduan COVID-19 di negara itu, lapor Complex.

Robotanjing3

Lihat pada video percubaan ini, robot anjing kuning tersebut sedang berkeliaran di Bishan-Ang Mo Kio Park, Singapura sambil memberi peringatan tentang positif Covid-19 ini.

Mari kita pastikan Singapura kekal sihat

Apa yang lagi menarik tentang robot ini, ia juga akan memperingatkan rakyat tentang penjarakan sosial.

Untuk keselamatan anda dan bagi orang di sekeliling anda, sila jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter. Terima kasih

Robot ini dicipta oleh Boston Dynamic dan telah diuji di taman tersebut selama 2 minggu yang bermula pada 8 Mei lalu.

Robot anjing ini dilengkapi dengan camera yang akan merekod berapa banyak rakyat yang hadir di kawasan pengawasannya, lapor Global News.

Robotanjing2

 

Jika robot ini berjaya memberi kesan kepada rakyat, pihak berkuasa Singapura akan meletakkan lebih banyak lagi robot anjing ini di beberapa kawasan hijau semasa mereka menjalani tempoh kuarantin.

Singapura telah diisytiharkan lockdown sehingga 1 jun. Mengikut peraturan mereka, rakyat disana hanya boleh keluar jika ada urusan penting dan harus memakai mask.

Aktiviti senaman di taman juga dibenarkan, tetapi mereka harus mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu bersendirian dengan penjarakan yang selamat.

Kalau robot ni ada kat Malaysia bagus juga kan.

 

Baca:“Nayalah yang degil2 tu” – Kerajaan Singapore Pantau Ketat Kuarantin Di Rumah Siap Kena Snap Gambar Tunjuk Bukti

Annotation 2020 05 12 002758

Sumber: Worldometers
Sumber: Global News
Sumber: Global News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.