Seperti yang diberitahu, orang-orang yang baru pulang ke tanah air dikehendaki untuk kuarantinkan diri di rumah selama 14 hari untuk memastikan kalau terkena jangkitan Covid-19, wabak ini tak menular ke orang lain.
Kuarantinkan diri di rumah ni dah tentulah atas effort dan keprihatinan sendiri. Kita tengok juga, ramai yang ingkar dengan arahan ini dan selamba je keluar rumah sebab tak ada orang tahu kan?
Namun di Singapura lain pula cerita dia, seorang netizen menceritakan di Twitter, sepupunya yang tinggal di Singapura sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah kerana keluarga sepupunya itu baru tiba dari luar negara.
Bila ditanya, “Siapa je yang tahu kalau kau keluar juga?”. Sepupu wanita ini menghantar syarat-syarat yang perlu dipatuhi rakyat Singapura sekiranya dorang perlu jalani kuarantin di rumah.
https://twitter.com/lynfunkstar/status/1240317894321299456
Notis tinggal di rumah
Setiap orang yang mendapat notis duduk di rumah, perlu duduk di rumah setiap masa selama 14 hari. Dorang akan dapat notis ni masa sampai di chekpoint Singapura.
Macam mana pihak berkuasa pastikan dorang ikut arahan
- Pihak berkuasa akan hantar mesej banyak kali setiap hari mengingatkan yang dorang kena duduk di rumah.
- Kena bagi GPS location kepada pihak berkuasa.
- Dorang akan dapat panggilan dan lawatan ke rumah secara rawak.
- Kalau dapat panggilan telefon, dorang kena ambil gambar sekeliling untuk buktikan yang dorang memang betul-betul dekat rumah.
Kalau ingkar arahan ni, dorang boleh dikenakan tindakan undang-undang dan untuk rakyat Malaysia yang dapat jadi penduduk tetap di sana, PR dorang akan dilucutkan dan dorang tak dibenarkan untuk masuk ke Singapura sampai bila-bila. Peh dahsyat!
Dikatakan juga, Korea Selatan dan Taiwan juga gunakan cara yang sama untuk pastikan rakyat dorang akur dengan perintah kerajaan.
Tapi, KKM pun ada juga effort yang sama. Sesiapa yang kena kuarantin, dorang akan call hari-hari untuk check. Tapi takdelah sampai kena ambil gambar dan hantar location bagai.
Sebenarnya apa yang penting adalah kesedaran dalam diri sendiri. Tak gitu?