Korang tahu tak istilah ‘flasher’? Istilah ini adalah gelaran pada individu yang menayangkan alat sulit dia kepada orang secara sengaja. Ada yang mengatakan ini merupakan satu category nafsu yang pelik, min pun tak tahu.

Berikutan dengan perkara tersebut, menerusi Insta Story Datuk Seri Siti Nurhaliza atau senang disapa Tok Ti, telah kongsikan detik mencemaskan apabila didatangi oleh seorang lelaki kurang siuman di hadapan rumahnya.
Menurut Tok Ti, lelaki berkenaan adalah lelaki yang sama pernah dipenjarakan kira-kira lima tahun dahulu atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan dihadapan kediamannya. Jadi Tok Ti juga pernah hadapi flasher tau..

Difahamkan, lelaki itu menjerit-jerit di depan rumah Tok Ti sehinggakan beliau rasa takut, lalu dia terus meminta bantuan daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Bagaimanapun, Tok Ti tidak menyatakan lebih lanjut jenis gangguan apa yang diterima daripada lelaki berkenaan ketika itu.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki itu merupakan duda anak dua yang pernah didenda RM5,000 dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Dia yang pernah menjadi flasher ketika dahulu, kini kembali membuat ‘kacau’ di kediaman Tok Ti.
Bahaya betullah, kalau betul laki tu ada masalah mental. Tolonglah bawa dia ke pusat jagaan sepatutnya…
Baca: “Sayang… muka hensem tapi gila” – Lelaki Buka Zip Seluar Tayang ‘Anu’ Pada Wanita Berpurdah

