in

Model Popular Thailand Tak Kisah Kekasih Pemandu Tuk-tuk

Page B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kata perempuan cantik suka memilih?


Baru-baru ni seorang model dari Thailand, Nutchanart Chaichan, 22, dah jadi bualan netizen di negara tersebut apabila dia tanpa segan telah confess cinta dia dekat boyfriend yang dah dikenali selama lima tahun di Facebook, lapor Astro Awani.

M1
sumber: coconuts

Apa yang menjadi perhatian adalah kerana boyfriend model ni, Wutthichai Saeng-ngern, 25, bekerja sebagai pemandu tuk-tuk dengan pendapatan tidak lebih 500 Baht (RM61) sebulan manakala Nutchanart pula memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor.

M2
sumber: coconuts

Kata Nutchanart,

“Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi.

“Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga.”

Pasangan ini bertemu pada tahun 2013 di Wilayah Nakhon Si Thammarat sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk pindah bersama ke Bangkok.

Wutthichai memberitahu bahawa pada mulanya mereka berdua mula menjual pakaian dan kasut di kawasan Ramkhamhaeng namun bisnes mereka tak menjadi. Kemudian, dia mulakan kerjaya sebagai pemandu tuk-tuk manakala Nutchanart pula dapat kerja sebagai model.

M3
sumber: coconuts
M5
sumber: coconuts

Walaupun seringkali disindir sebab mempunyai teman lelaki yang tidak berharta, namun, ia tidak membuatkan dia berfikir dua kali.

“Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta.

“Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur.” 

Wahh, baguslah pasangan ni…

Baca: Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Page Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.