in

“Dtg secara haram, lepastu buat kerja haram” – Geng Samun & Pecah Rumah Diketuai Wanita Rohingya Akhirnya Tumpas!

Geng Jahan

Geng Jahan yang aktif melakukan jenayah samun tepi jalan dan pecah rumah di Klang dan beberapa daerah sekitar akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Menurut Berita Harian, kumpulan tersebut yang dipercayai dianggotai 10 orang etnik Rohingya mula aktif sejak Februari lepas.

 

Masing-masing ada kad UNHCR

Pada 2 September lepas, enam warga Myanmar masing-masing adalah tiga lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 50 tahun daripada Geng Jahan berjaya diberkas pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua mereka memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang asli.

“Bertindak atas maklumat, jam 12.15 tengah malam Jumaat lalu, kita menahan dua suspek di sebuah hotel bajet di bandar Klang, seterusnya merampas sejumlah barang kemas dipercayai hasil kegiatan samun dan pecah rumah.”

‘Susulan tangkapan itu, polis menahan empat lagi suspek di sekitar Klang dan Kuala Langat, selain merampas sejumlah barang kemas sudah dipajak oleh kumpulan berkenaan di dua kedai pajak di Teluk Panglima Garang.”

“Hasil rampasan barang kemas, telefon bimbit dan lain-lain dianggarkan berjumlah RM150,000.”

Geng3

Geng4

 

Ketua geng, wanita Rohignya pun tumpas!

Semalam, polis berjaya menahan wanita Myanmar berusia 30 tahun dipercayai merupakan ketua geng samun berkenaan yang diburu sejak minggu lepas, lapor Berita Harian.

Geng1

Tangkapan tersebut dibuat  oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara susulan siasatan yang dijalankan ke atas enam ahli kumpulan yang ditahan itu.

“Kira-kira jam 2.30 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota IPD Klang Utara dibantu pasukan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ke Homestay Jalan Sri Bayu Pantai Morib dan menangkap seorang perempuan Myanmar berusia 30 sementara seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Ria Jenjarom.”

“Ujian saringan air kencing mendapati, perempuan yang dipercayai ketua kumpulan terbabit positif dadah jenis Methamphetamine.”

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira warna hitam, surat pajak gadai, beg pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama, kad prabayar Hotlink, wang tunai termasuk mata wang asing.

 

Modus operandi

Hasil siasatan mendapati modus operandi kumpulan itu ialah empat ahlinya akan menaiki sebuah kereta Perodua Alza dengan bersenjatakan parang. Mereka menyasarkan mangsa samun di jalanan selain melakukan kegiatan pecah rumah di rumah ketika penghuni tiada.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, reman ke atas perempuan Myanmar dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 8 September ini.”

“Lelaki warga tempatan yang ditahan itu dipercayai memajak sejumlah emas yang dicuri akan diberi jaminan polis hari ini.”

Geng5

Baca: “Undur tiga kali, rempuh kereta polis” – [VIDEO] Polis Terpaksa Tembak, Suspek Penjenayah Bawa Dadah Cuba Lari

Tembak Woi