in

“Undur tiga kali, rempuh kereta polis” – [VIDEO] Polis Terpaksa Tembak, Suspek Penjenayah Bawa Dadah Cuba Lari

Tembak Woi

Suspek penjenayah berusia 38 tahun yang diekori kenderaan pihak berkuasa dilaporkan cuba lari apabila ditahan anggota polis yang memperkenalkan diri serta memintanya keluar dari kereta, lapor Berita Harian.

Difahamkan Team Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK KL telah mengekori suspek dan sebaik sampai di hadapan pasar raya Ong Tai Kim, Sentul, anggota polis bertindak menghalang kereta suspek di depan dan belakang agar dia berhenti memandu.

Tahan3

Tahan2

 

Polis terpaksa lepaskan beberapa das tembakan…

Menurut FMT, suspek yang enggan beri kerjasama telah bertindak agresif dengan melanggar kenderaan polis. Team tersebut kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar Proton Saga tersebut.

Tahan4

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata,

“Suspek cuba melepaskan diri dengan mengundurkan kereta tiga kali sehingga merempuh kereta polis, memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian tayar belakang dan tayar hadapan di bahagian kanan kereta.”

“Selain mempertahankan diri, tindakan itu terpaksa diambil untuk memberhentikan kenderaan berkenaan supaya tidak membahayakan keselamatan awam.”

 

Ada dadah dalam kereta…

Disebabkan itu, suspek lelaki berjaya ditahan dan tiada kecederaan dilaporkan. Selepas melakukan pemeriksaan, polis menemukan dadah jenis heroin seberat 450 gram dan 151 gram syabu. Ujian saringan air kencing juga mengesahkan suspek positif Methamphetamine, Amphetamine dan THC.

Suspek kini ditahan di ibu pejabat polis daerah Sentul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Suspek dilaporkan turut mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah.

Tahan1

Wuishhh suspense jugak kalau ada dekat situ kan tiba-tiba dengar bunyi tembakan…

Baca: “Gila lah” – [VIDEO] Polis Lepaskan Tembakan Pada Tayar Kereta Suspek ‘Cuba Langgar Polis’ Di Setapak

Collage 29

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook