in

“Isi petrol atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera” – CPRC

Qr2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini China Press melaporkan bahawa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan agar setiap individu perlulah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera walau pun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.


 

Jika tidak mendaftar atau mengimbas kod QR premis berkenaan, bagaimana pihak polis boleh mengesan individu terbabit jika terdapat kes Covid-19 di situ?”

Isu ini mula timbul berikutan dengan satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak.

Namun begitu, laporan Free Malaysia Today hari ini bahawa Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan bahawa tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak.

 

Tiada keperluan imbas kod QR MySejahtera ketika isi minyak – CPRC

Ia susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian. Kenyataan itu dibuat menerusi maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang sumber ajukan.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.

Malah, sumber sendiri telah mendapatkan pengesahan daripada pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkara ini.

 

Baca : “Menipu lagi!” – Penjaga Pasar Awam Disaman Kerana Ganti Cecair Pembasmi Kuman Dengan Air Paip

Pasar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.