in

“Dosa tak kalau gelak?”- Kereta Masuk Dalam Air Lepas Pemandu Syok Menari, Nasib Baik Semua Selamat

Feature 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara korang yang pernah dengar slogan pandu cermat, jiwa selamat kan? Namun, masih ada lagi segelintir yang gemar menggunakan telefon ketika memandu. Perbuatan ini telah banyak kali menyebabkan berlakunya kemalangan.


Namun, kali ini, lain pula ceritanya apabila sebuah kereta dipercayai telah terhumban ke dalam air apabila pemandunya dipercayai sedang syok menari ketika memandu, lapor portal Coconuts.co. Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Indonesia.

Difahamkan, video itu telah dirakam oleh Mahasalexa melalui Instagram Story namun video kejadian itu mulai tular di Twitter apabila dikongsikan oleh netizen @sendagurah.

Dalam video terbabit, dapat dilihat bahawa terdapat tiga orang di dalam kereta iaitu seorang pemandu dan dua orang penumpang. Gelagat mereka menari itu telah dirakam oleh penumpang di bahagian belakang.

Masuk Air 4

Kedua-dua pemuda di depan pula dilihat sedang sakan menari namun di akhir video, kereta terbabit terhumban ke dalam kawasan berair.

Masuk Air 6

Masuk Air 7

Nasib kesemua mereka baik apabila terselamat dalam kejadian tersebut. Kalau korang dapat tengok, sebahagian besar daripada kereta tu dah dimasuki air dan hampir tenggelam. Individu yang memuat naik video itu di IG Story yang dikenali sebagai Mahasalexa juga berpesan di hujung video,

Tolong jadikan pengajaran untuk semua, kalau menari jangan terlalu gembira,”

Rata-rata netizen berpendapat pemandu tersebut tidak sepatutnya menari ketika memandu. Nasib baik dorang ni tak terlanggar sesiapa.  

Masuk Air 2

Masuk Air 3

Namun, ada juga yang terhibur tengok video tu sebab ramai kata macam lawak pun ada.

Masuk Air 1

Semoga kejadian ni akan jadi pengajaran untuk mereka di luar sana yang gemar buat benda lain ketika memandu. Ingat lah orang yang tersayang. 

Sumber: portal Coconuts.co, Twitter 

Baca: “Kesian bomba” – Dikhuatiri Lemas Lepas Kereta Terhumban Masuk Tali Air, Rupa-Rupanya..

Masuk Air

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.