in

“Dorang pura-pura nangis & menipu dipukul”- Gadis 19 Tahun Lunyai Dibelasah Bapa Lepas Nasihat Ibu & Adik Tiri Supaya Pakai Sopan

Feat 19

Dalam drama di televisyen kita selalu dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang garang, pura-pura baik selain berhati busuk.

Ingat di dalam kaca televisyen sahaja, rupanya dalam kehidupan seharian juga ada watak berkenaan.

 

Gadis 19 tahun dibelasah bapa lepas kena tuduh dengan ibu dan adik tiri

Seorang gadis berusia 19 tahun di Jerteh, Terengganu teruk menjadi mangsa belasahan bapa kandungnya selepas dia menasihati ibu dan adik tirinya supaya berpakaian sopan.

Gadis itu yang merupakan seorang tukang cuci bukan sahaja ditumbuk dan dipukul malah turut diugut dengan menggunakan sabit dalam kejadian pukul 5 petang di Kampung Raja, Jerteh pada Ahad.”

Pukul 1

Menurut sumber, mangsa bersama keluarga mentuanya pergi ke rumah suspek dan ibu tirinya namun waktu itu suspek keluar ke kedai membeli barang, lapor Harian Metro.

Mangsa berbual bersama suspek dan ibu tirinya dan dalam perbualan itu, mangsa ada nasihatkan adik tirinya supaya berpakaian sopan namun tiba-tiba….

“…kedua-dua beranak tak semena-mena menangis tanpa sebab. Sejurus suspek pulang, kedua-dua mereka mengadu kononnya gadis itu memukul mereka selain tuduh mangsa meminta ibu tirinya bercerai dengan suspek.”

 

Mangsa ditumbuk, diugut dengan sabit dan dikejar dengan bata!

Berasa marah dengan keadaan itu, suspek kemudian memukul dan menumbuk mangsa beberapa kali hingga menyebabkan kepala gadis itu terhantuk ke dinding.

Tak cukup dengan itu, suspek kemudian bergegas ambil sabit sebelum acu sabit berkenaan kepada mangsa namun sempat dihalang oleh ibu mentua mangsa.

Melihat tindakan bapanya yang agresif, mangsa kemudiannya melarikan diri sebelum suspek bertindak mengejar anaknya itu dengan seketul bata.

19 Se 1 Jamesssss

Ekoran kejadian itu mangsa terpaksa menanggung kesakitan di seluruh badan selain muntah selepas dibelasah suspek.

Dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

 

Sayang sangat bini baru…

Baca : Saya dah tua, macam mana nak pertahankan diri? Saya tak kuat Nenek Lari Rumah Lepas Dibelasah Teruk Cucu, Terpaksa Tidur Tepi Jalan

1 16