in

Doktor Terkejut Bila Jumpa ‘Benda Lembut Yang Bersarang’ Dalam Bibir Pesakit, Rupanya ‘Ulat Sampah’ Hinggap Gara-gara…

Lobang Di Bibir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jadi doktor kata orang kena tahan tengok darah dan benda kotor, sebab penyakit dalam dunia ni ada macam-macam kan? Tak semestinya yang datang hospital atau klinik tu memanjang sakit demam atau selesema.


Tapi kes yang dihadapi seorang doktor bernama Mohd Khairul ini agak berlainan dari patient sebelumnya. Menerusi perkongsiannya di Facebook, seorang pesakit OKU datang ke klinik gigi mengadu bibirnya bengkak. Tetapi apa yang dijumpai doktor ni akan buat korang terbeliak mata. 

 

“Ibunya bimbang kerana bibir atas anaknya bengkak sejak beberapa hari dan keluar ulat”

Menurut Dr Mohd Khairul, semuanya bermula apabila seorang ibu membawa anak perempuan kurang upayanya ke klinik gigi dan mengadu bimbang akan keadaan bibir atas anaknya yang membengkak.

Kata si ibu, bibirnya anaknya sudah beberapa hari bengkak dan lebih pelik apabila keluarnya ‘ulat’ daripada bibir tersebut. Oh my! 

“Anaknya baru berumur 15 tahun dan menghidap Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy disebabkan oleh masalah perkembangan saraf yang terganggu menyebabkannya menjadi lumpuh seluruh badan serta tidak mampu bergerak.

“Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, didapati terdapat luka pada bibir atas adik ini yang bengkak dan terlihat seolah-olah ada sesuatu “benda lembut yang bersarang” di dalamnya.

Rupa-rupanya benda lembut tersebut adalah larva lalat yang membiak pada luka di bibirnya.”

56764484 641017892991261 249880316812984320 N
sumber: facebook

 

Larva lalat macam ulat sampah, pesakit tak upaya menelan jadi punca lalat ‘beranak’ pada bibir 

Tambah doktor, kalau korang nak tahu rupa macam mana larva lalat ni, korang pergi tengok kat tong sampah yang busuk tu. Larva ni berbentuk ulat putih yang bergerak laju kat kawasan kotor. Ia selalunya akan muncul kalau sisa buangan dibiarkan dalam tempoh yang lama. Euw!

56907784 641017929657924 6821869063598243840 N
sumber: facebook

Sebenarnya ia juga tidak mustahil bagi ulat ni untuk membiak di tisu atau kulit manusia dan haiwan yang masih hidup ataupun sudah mati. Keadaan ni digelar ‘maggot infestation’ atau ‘oral myiasis’.

So kalau korang nak tahu, asalnya adik OKU ni hanya alami luka kecil je kat bibir sebab cuaca kering. Tapi akibat dari luka kecil ni lah ia jadi bahana besar sampai ulat tumbuh dalam bibir, ditambah pulak adik ni ada masalah tak dapat telan atau minum seperti orang biasa. 

“Disebabkan ketidakmampuannya untuk bergerak, jadi mungkin ada lalat yang kebetulan hinggap pada bibirnya yang kering serta luka dan kemudian bertelur di dalamnya.

“Jangan salah faham pula kerana ibunya memang menjaganya di rumah secara sepenuh masa, cuma mungkin pada waktu tersebut ibunya tidak perasan ada lalat yang hinggap pada bibir adik ini dan bertelur di dalamnya.

“Ditambah pula dengan kebersihan mulut serta gigi adik ini yang kurang baik kerana ketidakmampuannya untuk memberus gigi sendiri menyebabkan telur lalat tersebut dapat membiak dengan cepat membentuk larva dan mengakibatkan bibir atasnya menjadi bengkak.” 

56915089 641017909657926 6558519239718731776 N
sumber: facebook

 

Doktor buat prosedur buang larva 16 ekor,  semua akhirnya selesai lepas 3 hari mencuci luka

Apa-apapun admin memang salute habislah dengan doktor yang menjaga adik ni sehingga dia sembuh seperti sediakala. Menurut Dr Mohd Khairul, pakar bedah mulut telah membuat prosedur membuang larva lalat yang sebanyak 16 ekor dan kemudian pesakit tersebut terpaksa ditahan di wad hospital daerah untuk memudahkan rutin pencucian luka tersebut.

“Pada hari kedua, masih ditemukan larva lalat sebanyak 3 ekor semasa kami mencuci luka adik tersebut di wad. Luka tersebut terpaksa dicuci menggunakan gauze yang dibasahkan dengan Turpentine Oil selama 30 minit bagi menyukarkan larva lalat tersebut bernafas seterusnya memudahkan kami untuk menangkapnya dan memasukkannya ke dalam air panas. Larva lalat ini akan mati pada suhu yang tinggi.

“Sepanjang 3 hari kami mencuci luka adik ini di wad, perasaan sayu dan sedih sentiasa menyelubungi hati kami kerana kasihan melihat keadaannya yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sesekali air matanya mengalir seolah-olah menahan sakit walaupun kami telah memberikan ubat bius setempat pada kawasan luka sebelum melakukan prosedur pencucian tersebut.” 

57317226 641017949657922 4838116183171399680 N
sumber: facebook

Namun mujurlah luka adik tersebut sembuh dengan baiknya dan doktor juga meminta ibunya berikan penjagaan extra pada kebersihan mulut pesakit supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

Pesan Dr Mohd Khairul, bagi mereka yang ada ahli keluarga yang sakit atau lumpuh, rajin-rajinlah periksa kebersihan mulut kerana takut ia beri peluang kepada lalat untuk bertelur di dalamnya. Oleh itu, bantulah memberus gigi mereka atau bersihkan bahagian dalam mulut dengan tuala basah.

Ingat! Mulut bersih, badan pun sihat tau. So jangan segan-segan nak bersih dan gosok gigi. 

Baca: “Ni mesti kerja Melayu..” – Hantar ‘Benda’ Tutup Rezeki Orang, Masih Ada Guna Cara Ini?

Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.