in

Akibat Kutip Baju Yang Terjatuh Dari Ampaian, Badan Bayi Ini Dimasuki Ulat “Maggots”!

Euw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, baik korang berhati-hati! 


Menurut perkongsian di Facebook, seorang ibu alami pengalaman yang menakutkan apabila anaknya menangis mengadu sakit pada beberapa benjolan yang tumbuh di bahagian badan. Apabila dipicit benjol tersebut, keluar pulak ulat ‘maggots’ dari badan anaknya tu! Whaaat?? Apa kebendanya pulak tuu??

 

Anak tak berhenti menjerit sakit berkali-kali

Pada asalnya si ibu cuma perasan anaknya ada 4 benjolan di bahagian kepala, dada, kaki dan jari. Tapi benjol-benjol tu kecil je dan si ibu ingat anaknya hanya ada infection dan lama-lama nanti mesti akan baik sendiri.

“Doktor hanya syorkan anak saya pakai krim antibiotik… Pada mulanya anak saya akan menjerit sebut ‘kepala saya, kepala saya’ atau ‘kaki saya’.

“Jadi saya ingat dia berasa sakit akibat benjolan tu dan saya hanya berinya paracetamol sahaja,” kata si ibu.

Dlo130071F1
sumber: blog

 

Picit-picit keluar nanah dan… ulat maggots! 

Namun pada hari ketiga anaknya mengadu sakit, si ibu periksa semula tangan bayi itu dan lihat benjolan tadi sudah pun berlubang.

“Saya nampak sesuatu macam nanah keluar darinya. Saya terkejut bila menekan benda itu, seekor ulat maggot yang masih hidup keluar dari situ!” katanya. Euww!

43096709 445076329356284 129150426799931392 N
sumber: facebook

Rasa macam nak pengsan, ibu kepada bayi tu cepat-cepat call suaminya dan bawa anak ke doktor. Atas arahan doktor, dia juga terpaksa memicit keluar semua ulat-ulat yang ada di dalam benjolan tubuh anaknya. Lebih kurang 4 ekor jugaklah yang keluar.

“Saya bersihkan luka anak dengan spirit dan doktor berinya antibiotik. Anak saya akhirnya dapat tidur lena berbanding 4 hari yang lalu. Kata doktor ulat-ulat tersebut merupakan TUMBU FLY,” jelasnya.

 

Hati-hati para ibu kalau sidai baju di ampaian!

Bagi ibu-ibu yang ada anak-anak, ini pesanan penting yang korang kena tahu supaya anak korang tak terkena serangan ulat ini. Menurut ibu bayi tersebut, perkara ni bukan je boleh berlaku kat bayi atau anak kecil, dekat orang dewasa pun boleh tau!

Macam ini caranya ulat ‘maggots’ tersebar:

  1. Sidai pakaian di ampaian luar atau baju dalam keadaan basah.
  2. Ulat ini biasa akan bertelur pada pakaian atau bertelur di kawasan rumput.
  3. Telur ulat boleh melekat pada kain yang jatuh ke atas rumput.
  4. Telur yang melekat pada kain akan masuk ke dalam kulit bila mangsa memakai baju dan mula membesar sebagai ulat maggots.
The Extracted Tumbu Fly Larvae
sumber: blog

 

Cara-cara mengelak dari jadi mangsa ulat ini

  • Kepit semua baju anda dan kanak-kanak dengan pengepit baju untuk elak ia jatuh ke tanah.
  • Kibas baju sebelum bawa masuk ke dalam rumah.
  • Basuh pakaian kanak-kanak dengan air panas.
  • Seterika semua baju terutama sekali baju kanak-kanak.
  • Basuh baju guna tangan lagi bagus.
  • Basuh semua cadar dan tuala dengan air panas.

Semoga tips ini berguna untuk korang dan anak-anak di masa hadapan! 

Baca: Hati-hati! 6 Jenama Sardin Ini Disahkan Ada Cacing

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.