Seperti yang kita sedia maklum, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan penggalak (booster)
Malah, baru-baru ini pun beliau telah mengumumkan bahawa mana-mana penerima vaksin jenis Sinovac kini diwajibkan untuk mengambil ‘bahan peningkat’ antibodi itu jika ingin kekal memegang status vaksinasi penuh.
Berkata mengenai booster ini, pasti ada pihak yang mengeluh kerana kesan sampingannya. Oleh itu, seorang pakar kesihatan Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri ada kongsikan tips berguna kepada kita.
5 Tips hilangkan sakit pada tempat suntikan
Dalam tips yang dikongsikan menerusi satu video di TikTok, Dr. Syid menjelaskan bahawa adalah amat penting untuk memilih tangan yang kita selesa.
Selain itu, elak daripada mengeraskan lengan ketika proses suntikan vaksin. Malah, bagi mengelakkan keradangan, tuamkan ais ke bahagian bekas suntikan tersebut.
@drsyidayob Siapa2 nak pi ambil booster dose tu kena buat tips ni ok #drsyid #health
♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri – Dr Syid Ayob Al Qudri
“Vaksin dicucuk secara ‘intramuscular’ iaitu individu tersebut akan disuntik masuk sampai ke dalam otot.”
“Vaksin mencetuskan tindak balas imun yang menyebabkan keradangan atau rasa sakit dan anda boleh tuam dengan ais selepas cucuk untuk kurang rasa sakit,”
Tambahnya lagi, tidak disarankan untuk mengambil sebarang ubat secara terus dalam tempoh 24 jam selepas terima suntikan.
“Tujuannya bagi membantu tubuh badan menghasilkan antibodi secara maksima selepas cucuk.”
Bahkan, beliau juga turut menasihatkan agar kerap menggerakkan tangan yang kena suntik atau melakukan senaman ringan terutamanya pada hari pertama dan kedua. Ia bertujuan dapat membantu mempercepatkan proses sembuh.