Susu badan ini memang bagus, bahkan dalam Islam ada mengalakkan para ibu untuk memberikan susu badan kepada anak sehingga berusia 2 tahun.
Selain ada khasiat dan nutrien tersendiri, ianya bagus bagi menjalinkan hubungan antara ibu dan anak semakin rapat. Tapi, tak sangka rupa-rupanya menyusu badan ini sebenarnya boleh menyebabkan gigi anak rosak.
Ada seorang ibu pelik kerana anaknya kurang minum manis, hanya minum susu badan tapi giginya rosak. Persoalan itu sudah terjawab apabila doktor gigi, Mohd Khairul Izwan ini kongsikan faktor dan penyebabnya.
SUSU IBU PUN BOLEH ROSAKKAN GIGI!
Pagi tadi saya terlihat satu posting berkenaan kerisauan seorang ibu yang mengadu anaknya yang baru berusia 1 tahun 11 bulan sudah mengalami kerosakan gigi di bahagian gigi hadapan walaupun sering memberus gigi setiap hari. Ibu juga memberitahu anaknya cuma minum susu badan sahaja dan telah membawa anaknya berjumpa doktor gigi ketika usia anak 1 tahun 6 bulan namun gigi anaknya masih juga rosak dan beliau begitu bimbang dengan keadaan gigi anaknya.
Saya tidak tahu siapa yang bertanya tentang isu tersebut namun saya akan cuba bahaskan serba sedikit berkenaan isu ini dengan harapan perkongsian ini dapat sampai kepada ibu tersebut dan juga sebagai panduan buat ibu bapa lain di luar sana.
Dalam keterangannya, ada beberapa faktor yang menyebabkan gigi anak boleh rosak, antaranya keadaan gigi anak, pengambilan makannan/minumam, mikoorganisme ataupun kuman dalam mulut dan masa sisa makanan/minuman dibiarkan di dalam mulut.
Untuk pengetahuan, Khairul Izwan ada menegaskan bahawa susu ibu mengandungi laktosa, iaitu sejenis karbohidrat yang menjadi punca kerosakan gigi melalui sisa susu yang tidak dibersihkan dengan berul dan dibiarkan melekat pada permukaan gigi anak dalam tempoh lama.
Ya boleh. Ini kerana di dalam susu ibu juga turut mengandungi laktosa iaitu sejenis karbohidrat yang boleh menjadi sumber kerosakan gigi apabila ianya diuraikan oleh kuman/minkroorganisme yang berada di dalam mulut anak.
Kerosakan akan semakin cepat terjadi jika anak dibiarkan menyusu sehingga tertidur dan sisa susu yang melekat pada permukaan gigi tidak dibersihkan dengan betul.
Disamping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gigi anak cepat rosak iaitu…
Langkah-langkah untuk elak gigi anak cepat rosak.
- Tidak menjadi masalah untuk memberi anak minum susu ibu. Malah susu ibu juga turut mengandungi pelbagai nutrien yang sangat baik untuk tumbesaran ibu. Islam juga menggalakkan untuk menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun.
- Namun perlu pastikan setelah anak selesai menyusu, anda perlu segera membersihkan gigi/mulut anak.
- Berus gigi dengan teknik yang betul agar sisa susu yang melekat pada permukaan gigi dapat dibersihkan dan tidak berada pada permukaan gigi untuk tempoh waktu yang lama. Pastikan juga supaya anak tidak dibiarkan menghisap susu sehingga tertidur.
- Gunakan ubat gigi berfluorida ketika memberus gigi anak. Fluorida berfungsi untuk melindungi permukaan gigi daripada mudah terjadinya kerosakan.
- Bagi anak yang masih menyusu botol/menyusu badan di atas usia 2 tahun, segera hentikan tabiat tersebut kerana tabiat tersebut boleh menjadi punca terjadinya kerosakan gigi kerana tempoh waktu yang lama diambil untuk susu berada di dalam mulut anak. Sebaiknya didik anak untuk gantikan minum susu di dalam cawan.
Sumber : Mohd Khairul Izwan