in

Tampal Sahaja Kalau Gigi Tu Berlubang, Dentist Ini Kongsikan 6 Kesan Masa Panjang Kalau Korang Terus Cabut

Dalam banyak-banyak kesakitan yang kita alami, gigi berlubang lah sakit yang masing menusuk sekali, rasa pedih pada gusi tu boleh membataskan aktiviti harian seseorang.

Ramai yang suka ambil langkah mudah dengan hanya mencabut gigi tersebut, memang lah ‘sedap’ sebab hilang satu beban, tapi ia boleh memberikan kesan pada masa yang panjang tau. Rasanya, ada potensi menjejaskan ketrampilan kita.

Bukan admin, tapi doktor pergigian Iqbal Rosli sendiri kongsikan 6 kesan masa panjang kalau suka cabut gigi.

 

Kesan mencabut gigi & tak diganti gigi yang telah dicabut

 

“Kalau gigi berlubang dan sakit, korang mahu tampal gigi itu atau dicabut sahaja? Apa kesan masa panjang kalau suka cabut gigi, & tak diganti gigi yang dicabut itu?”

 

1. Gigi bertentangan akan terlebih tumbuh, sebab tak ada gigi berlawanan untuk digigit.

Kesan1

 

2. Gigi bersebelahan akan menjadi senget

Kesan2

 

3. Gigi akan menjadi jarang, sebab gigi lain akan mengisi ruang gigi yang dicabut

Kesan3

 

4. Gigi depan menjadi jongang, selalu jadi bila gigi geraham dicabut, dan hanya tinggal gigi depan untuk mengunyah makanan.

Kesan4

 

5. Gusi semakin mengecut

Kesan5

 

6. Muka nampak lebih tua

Kesan6

“Kalau boleh, janganlah fikir asyik nak cabut gigi sahaja. Mencabut gigi dan diganti dengan gigi palsu, tak akan sama perasaannya dengan ada gigi yang sebenar walaupun sebahagiannya rosak dan ditampal.”

Betul juga apa yang doktor ni cakap, kalau pakai gigi palsu sekalipun feel dia akan lain. Sebab tu lah dia lebih galakkan kita untuk tampal gigi yang berlubang tu. Cuma ada yang tak nak sebab risau akan sakit juga, kalau sakit juga sebenarnya:

“Mungkin telah berlaku jangkitan pada bahagian saraf. Pilihan untuk selamatkan gigi ialah membuat rawatan akar”

Sekadar satu perkongsian untuk korang tahu, sebagai langkah pencegahan jaga lah gigi korang tu elok-elok. Kita ni bukannya budak-budak lagi patah tumbuh balik. Kalau sekali cabut, tak ada maknanya nak tumbuh lagi dah.

 

Baca : Wanita Hilang Puting Payudara Selepas Buat Pembedahan Plastik Dengan Doktor Gigi

Page Gg