in

“Doa yang baik-baik” – Viral Gambar Isteri Da’i Farhan Berdamai Dengan Bekas Madu, Tak Kisah Jika Rujuk Semula?

Madu Berdamai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di beberapa portal hiburan menunjukkan gambar isteri Da’i Farhan, Dr Erin sudah berdamai dengan bekas madunya, Fatin Nurul Ain. Menurut Gempak, gambar itu menunjukkan mereka berdua berpelukan dan melalui status di Instagram Dr Erin akui perspektifnya terhadap hal poligami kini sudah berubah.


Wahai zaujku, engkau manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz yang pernah saya tanya kenapa harus terima poligami.”

Ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami walaupun saya seorang anti poligami.”

Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain. Saya rela menjanda 100 kali pun!”

Farhan3
sumber: blog

Selain itu, Erin juga berkata kutukan netizen dianggap sebagai ujian dalam hidupnya dan kini dia bahagia kerana berjaya tempuhi semuanya dengan tenang.

“Allah uji dulu betulkah betul-betul beriman, reda dengan segala ujian dan takdir ditetapkan walau itu paling tak mampu dihadapi.”

“Allah beri saya satu tiket ujian dicemuh dikeji sebab kahwin lelaki orang. Benda yang saya paling tak boleh hadap tapi itulah saya rasa saya dah boleh hadapi semua ini dengan hati tenang.”

Farhan2
sumber: blog

Beberapa netizen memuji sikap Erin dan Fatin kerana masing-masing bersikap matang dan terbuka untuk berdamai semula.

Bukan itu saja, ada juga yang turut mendoakan agar Fatin dan Farhan rujuk semula selepas dua bulan bercerai. Netizen juga speku Erin tak tolak jika bekas madunya itu kembali rujuk dengan Farhan selepas komen yang dibalas di Instagram.

Netizen:Alhamdulillah, semoga mereka rujuk balik antara satu sama lain. Fatin dan Farhan hidup bahagia bersama Puan (Dr. Erin)”

Erin: “Saya tak pernah bermusuh dengan siapa-siapa pun. Cuma keadaan buat saya ni jahat. Insya-Allah. Doalah yang baik-baik untuk mereka.”

Farhan4
sumber: blog
Farhan1
sumber: blog

Baca: Bekas Isteri Farhan Mutawwif Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Bekas Madu Berikan Ucapan ‘Sweet’

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.