“Ditipu, Dipukul dan Didera” – Harapkan Gaji Lumayan Bekerja di Korea, Rupa-rupanya Ini Yang Terjadi…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebelum ini, sudah tular di media sosial tentang pekerjaan di negara luar dengan gaji yang lumayan. Masing-masing berpusu-pusu ke sana semata-mata tertarik dengan gaji yang diberikan. Tetapi tidak ada seorang pun yang terfikir akan kesannya, dan siapa sahaja sangka, harapan untuk ke sana ala-ala bercuti tetapi rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Baru-baru ini, ada rakyat Malaysia yang merupakan salah seorang daripada mangsanya telah membongkarkan segala-galanya.

Sumber: Iluminasi

Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap perkara biasa, ada juga yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan kebajikan dan keselamatan sebagai seorang pekerja. Mengejutkan lagi, ada juga yang sebelum ini sempurna, tetapi terpaksa pulang ke Malaysia dalam keadaan yang cacat dan cedera.

Semua ini berpunca daripada mereka yang masuk menggunakan visa pelancongan dan status mereka di sana adalah sebagai buruh haram.

Sumber: Mstar

Menurut Mstar, antara yang menjadi mangsa adalah seorang bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangannya ketika bekerja di sebuah kilang besi, April lalu.

Sumber: Mstar
Sumber: Mstar

“Saya hanya fikirkan tentang duit bila memilih untuk bekerja di Korea sehinggakan lupa aspek keselamatan diri,” kata pramugari berkenaan.

Menurut perkongsian lain, Afiq (bukan nama sebenar), 22, yang mempunyai diploma dari sebuah IPT di Kuala Lumpur, cedera pada bahagian lututnya apabila terlibat dalam kemalangan di kilang konkrit tempat dia bekerja.

Memilukan lagi apabila majikannya sengaja berlengah-lengah untuk menghantarnya ke hospital di samping memberi 1001 alasan. Malah majikannya enggan menjelaskan bil rawatan sebanyak RM33,737 seperti yang dijanjikan.

Sumber: Iluminasi

Sebaliknya majikannya itu meminta Afiq untuk balik ke Malaysia untuk pembedahan dan datang semula bekerja apabila sembuh.

Difahamkan, dalam tempoh dua tahun sahaja telah melibatkan sebanyak 87 kes iaitu seramai kira-kira 300 rakyat Malaysia. Menurut Mstar lagi, mereka juga diminta untuk membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

Tetapi tidak semua rakyat Malaysia yang datang bekerja di Korea Selatan bernasib tidak baik. Ada sahaja yang bekerja di sana dengan selamat serta mendapat gaji lumayan seperti yang dijanjikan.

Benar, tak semua ajen menipu. Cuma kita perlu bersikap hati-hati sebelum melakukan sesuatu.

Baca: “Kau nak aku lumpuh setengah badan ke wey?” – Gadis Bongkar Syarikat Kasut Terkenal Malaysia ‘Buli’ Intern

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.