Sebagai peminat artis pasti tertunggu-tunggu update mengenai artis kegemaran, betul tak? Kadang-kadang apa yang ditayangkan di media sosial sahaja boleh membuatkan netizen berspekulasi sampaikan artis tu perlu membuat pengumuman rasmi untuk membetulkan keadaan.
Terkini, perkara yang sama terjadi kepada salah seorang artis terkenal Malaysia, Diana Danielle yang didakwa oleh netizen sedang berbadan dua.
“I’m not pregnant, I’m thicc”
Sejak kembali bersama dengan bekal suami pada bulan Ogos lalu, ramai peminat Diana tertanya-tanya perkembangan pelakon itu sehinggalah ada yang bertanya kepada Diana adakah dia sedang hamil anak ketiga.
Artikel berkaitan: “Kalau betul, Alhamdulillah” – Dilihat Jalan Berpegangan Tangan, Diana Danielle & Farid Kamil Dah Berbaik?
Artikel berkaitan: “Kami tumpang gembira” – Farid Kamil, Diana Danielle Kembali Bersatu Selepas Sebulan Berpisah
Ia berikutan gambar Diana yang dilihat agak berisi telah dimuat naik di Instagram sewaktu menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini. Walau bagaimanapun, pelakon itu menafikan dirinya sedang hamil tetapi ‘sedang kenyang’.
Melalui kapsyen pada hantaran yang baru dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram, sekali lagi Diana menegaskan dirinya tidak mengandung tetapi badannya yang berisi.
Kebahagiaan bukan di media sosial
Ada pula komen netizen mengatakan Diana Danielle nampak bahagia namun Diana menasihati netizen tersebut agar tidak mengukur kebahagiaan hanya melalui media sosial.
I can tell you that nobody can really be sure id someone is truly happy if we only base it on ‘weight gain’ and ‘smiles’ on social media. But thanks for the positive assumption.
Untuk rekod, Diana Danielle dan pasangannya, Farid Kamil telah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri pada 31 Ogos 2023 lalu.
Sumber: Instagram