in

“Kami tumpang gembira” – Farid Kamil, Diana Danielle Kembali Bersatu Selepas Sebulan Berpisah

Farid Kamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon popular, Farid Kamil dan bekas isterinya, Diana Danielle mengesahkan bakal rujuk semula selepas sebulan berpisah demi anak-anak.


Sebelum ini, sebuah video tular yang menunjukkan kemesraan antara dua pelakon ini telah menjadi buah percakapan netizen yang menganggap dua pelakon ini telah rujuk semula selepas masing-masing sah bercerai pada 10 Ogos lalu.

Ternyata, telahan warganet benar belaka apabila Farid Kamil sendiri mengesahkan dia bakal ke mahkamah untuk proses rujuk dalam masa terdekat.

Farid Kamil
Kredit foto: harian metro

Artikel berkaitan: “Bukan kami nak selindung tapi..”- Diana Danielle Serahkan Kepada Farid Kamil Buat Pengumuman

Artikel berkaitan: “Terima kasih semua mendoakan” – Lepas Sah Bercerai, Farid Kamil Muat Naik Posting Sertai Tabligh?

“Kami sebenarnya masih menjadi jalan ke fasa yang lebih baik. Jadi ruang itu perlu ada. Setiap perhubungan dan rumah tangga itu perlu ada privasi untuk kami.

“Saya bukan mahu berselindung, tetapi takut sebenarnya nak cakap lebih. Kami berdua mahu bina semula apa yang pernah dilalui sebelum ini.

“Keputusan ini sejujurnya untuk anak-anak. Kalau hanya untuk diri kami semata-mata, mungkin tiada motivasi untuk mengeratkan hubungan,” ujarnya

Meninjau hantaran yang dihantar oleh pengguna media sosial di platform X, rata-rata memberikan respons positif terhadap Diana dan Farid.

Kongsi Diana pula, pengalaman yang dialaminya ini merupakan satu pengajaran buat dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Kami juga tidak tahu sebab ini adalah rahsia Allah. Bukan tak hendak umum dalam masa terdekat, tapi perlu rujuk kepada mahkamah terlebih dahulu.

“Bila kami bercerai, kami mula kami bermuhasabah diri dan bertenang untuk berfikir secara rasional,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.