Disebabkan banjir teruk yang melanda, ramai mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda telah memecah masuk pasar raya berhampiran kerana tak dapat menahan lapar akibat bekalan manakan terputus.
Ekoran ini, Polis Selangor mengesahkan seramai 31 orang telah ditihan kerana disyaki memecah masuk dan menceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda semalam.
Menurut wartawan Mohd Faizal Hassan, kesemua individu ini memegang roti, biskut dan lain-lain ketika ditahan dan telah dibawa masuk ke dalam trak polis untuk ke balai polis berhampiran bagi mengambil keterangan.

31 individu yang ditahan ini terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh rakyat Bangladesh, Sembilan rakyat Nepal dan lima rakyat Myanmar, lapor Malaysiakini.
Kesemua, individu ini akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda, sebab atau penjara 5 ke 14 tahun.
Mengesahkan tahanan ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib mengatakan pihaknya tedlah pun meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir.
Polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.”
Sebelum ini, tular video menunjukkan orang memecah masuk pasaraya Mydin di Taman Sri Muda. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin menjelaskan bahawa dia menghalalkan barangan yang diambil demi kelangsungan hidup mereka.
Baca: “Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda

