in

Disangka ‘Prank’ Halloween, Lelaki Siap Tunjuk Kepala Manusia Depan Kanak-kanak, Rupa-rupanya Milik Rakan Sendiri

Feat Hallo Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba sambutan hari Halloween, sudah pasti pelbagai jenis costume dan prank yang seram dan mengerikan digayakan oleh seseorang untuk menakutkan orang ramai.


Ada juga sesetengah individu yang terlampau ‘kreatif’ dalam menyambut hari Halloween ini sehingga menggunakan props yang nampak sangat real sehingga orang lain tidak dapat membezakan antara yang benar atau tipu.

Seperti yang berlaku di Sepanyol baru-baru ini, seorang lelaki telah menggunakan kepala manusia sebagai ‘prank’ semasa menyambut hari Halloween.

 

Ingatkan kepala manusia palsu

Namun apa yang lebih mengejutkan, kepala manusia yang dianggap sebagai kepala palsu itu merupakan kepala manusia betul!

Menurut Metro UK, lelaki berkenaan dikatakan telah menunjukkan kepala manusia itu kepada orang awam termasuklah kanak-kanak yang berada di situ.

Rata-rata mereka menyangkakan ia adalah kepala palsu sebagai ‘prank’ untuk sambutan hari Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

 

Siap buang dalam tong kitar semula

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga didakwa telah membuang kepala manusia ‘palsu’ itu ke dalam tong sampah kitar semula sebelum melarikan diri.

Kejadian itu dilaporkan telah berlaku pada Sabtu lalu yang merupakan sambutan hari Halloween.

Polis di bandar Huelva kemudiannya telah dimaklumkan pada pukul 3 petang, hari yang sama selepas orang ramai mula menyedari bahawa kepala yang dibuang ke dalam tong kitar semula itu adalah kepala manusia yang real.

Kepala Tempat

Amalan 3R tak kena tempat. 

 

Penggal kepala kawan sendiri

Suspek berjaya ditahan di sebuah flat berhampiran selepas pihak berkuasa menjumpai mayat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Apa yang lebih menyedihkan, mayat lelaki yang dijumpai itu merupakan rakan kepada suspek!

Kepala Polis

Walau bagaimanapun, tiada komen rasmi daripada polis setakat ini susulan penemuan mengerikan itu.

Baca: Dulu Ibarat Kota Zombie, Kini Ribuan Penduduk Wuhan Sakan Berpesta Halloween Baca Hallo

Sumber: Metro UK
Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.