in

Bro Saddiq Bikin Cewek Indonesia Cair

Waduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bro Saddiq Bikin Cewek Indonesia Cair
Loading
/

Waduh gawat ni! Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan kita Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ada berkunjung ke Indonesia untuk berjumpa dengan Presiden Indonesia Joko Widodo bagi meningkatkan hubungan bilateral antara dua negara ni.


Bukan sahaja popular di negara kita, tapi kehadiran Saddiq ke negara seberang rupa-rupanya mendapat perhatian gadis-gadis di sana, lapor Sinar Harian. Ini terbukti bila Presiden Indonesia Joko Widodo memuat naik sekeping gambar bersama Saddiq di akaun Facebook miliknya.

Jokowi
sumber: facebook
37073084 940877796101070 2776345234697617408 N
sumber: facebook

Dalam gambar tersebut, Jokowi menerangkan bahawa mereka berdua bersama-sama meninjau lokasi untuk Asian Games 2018 di Jakabaring Sport City, Palembang. Beliau turut memaklumkan bahawa Bro Saddiq baru berusia 25 tahun dalam entri tersebut.

Melihatkan foto yang dimuat naik Jokowi, ramai gadis-gadis menghujani ruangan komen entri tersebut dengan kata-kata pujian terhadap menteri termuda negara kita ni. Rata-rata kagum dengan menteri ‘ganteng’ yang jadi menteri di usia muda ni.

Puji1
sumber: facebook

Selain Presiden Jokowi, Saddiq juga ada memuat naik satu video pertemuannya dengan warga Indonesia di Instagram. Dalam entri itu Saddiq memberitahu bahawa dia akan pulang semula ke Malaysia tapi akan kembali ke Indonesia pada Ogos nanti bersempena dengan Asian Games tak lama lagi.

Sumber: Instagram

Sama macam entri Jokowi, ruangan komen di video Saddiq juga penuh dengan komen-komen cewek Indonesia yang panasaran ngeliat menteri ganteng kita. Ada yang sampai sanggup pindah Malaysia kalau Saddiq minta dia jadi isteri. Amboi!

Dorang jugak cakap menteri Belia dan Sukan kita ni kacak bergaya kayak model! Waduh!

Puji2
sumber: instagram

Gawat! Cewek Indonesia pun dah terpikat dengan Bro Saddiq! Semoga YB sabar melayan kerenah semua.

Baca: Syed Saqqid Teruja Pemimpin Indonesia Panggil ‘Bro’

Koko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.