in

“Dik, kalau boleh jaga sikit ‘aset’ tu” – Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikecam, Kali Ini Sebab Baju Nampak Bahagian Dada

Sebelum ini, nama anak gadis pelakon Azhar Sulaiman menjadi bualan netizen beberapa kali antaranya kerana video senamannya bersama kembar mendapat perhatian di TikTok. Malah, pelakon Keluarga Iskandar itu sendiri sempat menegur dan menasihati Kasih Iris Leona melalui Facebook.

Terbaru, Leona dikecam netizen selepas memuat naik sebuah gambar di mana dia posing menunjukkan rambut barunya berwarna pink itu. Gambar dimuat naik di Twitter itu terus mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya berpendapat penampilan Leona terlalu seksi.

Beberapa netizen dilihat memberi komen dengan menasihatinya supaya menjaga dan menutup auratnya namun ramai juga yang mengecam serta persoal jika kedua ibu bapa Leona tidak menegur penampilannya itu.

Malah, ada yang turut ‘sound’ Leona dengan berkata cara pemakaiannya mengalahkan orang bukan Islam. Bagaimanapun, ada segelintir yang menegur agar netizen memberi nasihat dengan baik tanpa perlu menghina.

Semalam, melalui Facebook Azhar Sulaiman telah berkongsi status berserta gambar bersama anak gadisnya itu. Pelakon yang juga merupakan seorang arkitek itu telah memberi respon terhadap kecaman netizen tentang pemakaian anaknya itu. Azhar yang mesra dipanggil Mami dalam kalangan peminatnya berkata dia juga terpalit dalam isu itu dan turut menerima kecaman daripada netizen.

So, today Leona kena kecam lagi termasuklah Mami jugak kena hentam sebab tak pandai didik Leona to be ‘islamik’. You ada anak?”

Kekuatan iman tidak boleh dinilai melalui pakaian seseorang. Ada kes ustaz liwat pelajar. Ada gadis bertudung yang bunting lepas sesuatu buruk berlaku. Adakah sebab tidak live the islamik way??? Padahal sembahyang tak tinggal. Setiap dari kita ada bahagian dan ujian untuk kita.”

So today Leona kena kecam lagi termasuk lah Mami jugak kena hentam sebab tak pandai didik Leona to be “islamik”You ada anak?

Posted by Azhar Sulaiman on Sunday, March 7, 2021

 

Nama anak Azhar Sulaiman ini sering menjadi bualan netizen tapi tidak semuanya kontroversi atau tentang kritikan mahu pun kecaman. Ada juga cerita yang baik contohnya pda Mac lepas, nama Leona dan kembarnya Andika Rees Pahamin menjadi bualan selepas kedua-dua mereka mendapat pencapaian terbaik dalam SPM 2019.

Baca: “Jangan suka mengangkang” – Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadis Lepas Video TikTok Jadi Bualan Netizen