in ,

“Jangan suka mengangkang” – Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadis Lepas Video TikTok Jadi Bualan Netizen

Menurut Gempak, baru-baru ini nama anak gadis pelakon Azhar Sulaiman hangat diperkatakan selepas memuat naik video di Instagram. Video itu menunjukkan Kasih Iris Leona sedang melakukan senaman bersama kembarnya.

Dalam video itu Kasih dilihat memakai seluar pendek ketat berwarna hitam dan seperti yang dijangkakan, ada komen kurang senang dari netizen. Bagaimanapun, ruangan komen video Instagram tersebut telah ditutup kepada umum.

https://www.instagram.com/p/B-ekzf4ApfK/?utm_source=ig_embed

Azhar yang menyedari nama anaknya menjadi bualan netizen mengambil pendekatan untuk memberi teguran kepada anaknya. Menerusi Facebook, Azhar memberitahu dia sendiri telah mengingatkan dan menasihati anak gadisnya itu bahawa dia seorang gadis Muslim.

Selain itu, dia juga turut berkata akan menasihati Leona tentang kandungan jenis macam mana yang boleh dikongsikan di Instagram pada masa akan datang. Azhar juga meminta kembar Leona, Rees untuk mengingatkan anak gadisnya itu menjaga tingkah laku dan berkelakuan sopan.

Salam semua…..Nampaknya sejak dua menjak ni nama anak Mami Leona naik because her appearance and her tik tok…

Posted by Azhar Sulaiman on Friday, April 3, 2020

Moga teguran dan nasihat Azhar buat anaknya jadi pengajaran. Semua boleh jadikan ini iktibar dalam mendidik anak…

Baca: “Kasian suamimu di alam kubur” – Lepas Ashraf Meninggal, Ramai Netizen Indo Komen Dekat Video Lama BCL Minta Tutup Aurat