in

“Dihina sebab gemuk” – Menghilang 4 Bulan Dari Media Sosial, Faiz Dickie Tampil Dengan Imej Baru

Cc 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang aktif di Instagram, mesti korang kenal dengan watak Kak Leha Bunting, Mak Yam dan Sarabanon yang dibawakan oleh seorang ikon media sosial yang dikenali sebagai Faiz Dickie.


Tapi, korang perasan tak dia dah semakin menyepi dan tidak lagi muncul dengan video baru?

Rupa-rupanya selama hampir empat bulan dia berehat dari media sosial adalah kerana dia mengambil masa untuk berehat dan fokus untuk menurunkan berat badan.

 

Kutukan menjadi pembakar semangat

Kini Faiz berjaya mencapai berat badan 79kg daripada berat badan sebelum ini 105kg. Tranformasi ini telah dikongsikan sendiri oleh Faiz di akaun Instagram miliknya. Wow terbaiklah!

Faiz Dickie berkata, kritikan dan kutukan terhadap fizikalnya yang gemuk sebelum ini memaksa dia untuk melakukan perubahan yang lebih baik pada diri.

“Kutukan dan hinaan daripada entah siapa-siapa fasal saiz badan dan fizikal buatkan saya begitu tertekan. Walaupun ada 10,000 komen yang murni, tapi bila terbaca satu komen kejam seperti ‘gemuk macam b***’ amat berbekas di hati saya.”

C 14

 

Abaikan kesihatan dan kurang bersenam

Sebelum ini dia sendiri mengakui yang dia kurang menitikberatkan soal kesihatan diri. Sering makan berlebihan ketika stress dan kurang bersenam menjadi faktor utama berat badannya mencecah tiga angka.

Transformasi ini juga membuatkan Faiz lebih yakin untuk kembali aktif di media sosial dan menyifatkan tekanan yang dihadapi sebelum ini adalah pembakar semangat untuk terus berusaha.

“Apabila berat saya makin turun, saiz badan makin kecil, saya pun kini lebih yakin dan gembira. Apa yang berlaku selama ini juga membuktikan kesihatan mental saya tidak berada dalam keadaan baik menyebabkan saya perlu cari solusi untuk gembira,”

C1

 

Haa korang yang dah lama simpan hasrat nak kuruskan badan tu boleh la jadikan Faiz ni sebagai inspirasi. Min pun nak start bersenam lah petang ni.

Baca: Berat Badan Naik 100 Kg Akibat ‘Lockdown’ Lelaki Ini Dilabel Lelaki Paling Gemuk Di Wuhan

C2 7

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.