Hanya bermodalkan ungkapan ‘sayang’, kerja berpuluh-puluh tahun menjadi ‘sia-sia’ apabila simpanan untuk masa tua telah habis dikebas oleh individu yang baru sahaja dikenali.
Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang perawat Islam di Facebook telah menyedarkan ramai netizen bahawa isu seperti ini sememangnya wujud dalam dunia realiti.
Simpanan KWSP habis lesap
Menurut perawat yang bernama Hasnan Rili, salah seorang pesakitnya yang juga seorang duda telah ditipu oleh teman wanitanya. Difahamkan, wanita itu menyuruh duda tersebut memindahkan kesemua wang ke dalam akaun miliknya konon bertujuan untuk simpanan selepas kahwin.
Artikel berkaitan: “14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000
Artikel berkaitan: Tertekan Tak Ada Kerja Sebab PKP, Suami Kurung Isteri & Anak Dari Dalam Rumah
Duit banyak, teman wanita suruh masukkan semua dalam akaun dia kononnya dia jaga simpanan lepas kahwin nanti. Lama menduda, bila bercinta habis semua harta diberi.
Wanita tersebut juga telah melarikan diri tanpa dikesan membuatkan duda tersebut berasa teraniaya kerana ‘ditipu hidup-hidup’ oleh seorang wanita yang baru juga dikenali dalam masa sehari.
Tertekan, jumpa psikiatri tiap bulan
Kesan daripada peristiwa hitam tersebut, duda itu kini mengalami tekanan jiwa dan perlu mendapatkan rawatan bulanan dengan psikiatri.
Perawat itu turut menyifatkan kes tersebut adalah love scam, menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah termakan dengan janji manis orang lain.
Sekarang tekanan perasaan setiap bulan jumpa psikiatri. Makan ubat penenang memikirkan nasib selepas pencen dengan duit 1 habuk sen tak ada.
Hati-hati semua, sekarang banyak kes love scam. Jangan dah licin baru nak menyesal, dah tak guna.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan pendapat masing-masing dan bersimpati dengan nasib duda tersebut.
Sedihnya bila jadi macam ni…
Sumber: Facebook