in

“Diam-diam dah dua cawangan” – Gadis 19 Tahun Ini Berjaya Buka Dua Cawangan Kedai Minuman Boba

Feature Image Chilax

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang dah banyak golongan muda yang mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, ada juga yang sudah berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam usia yang muda.


Terbaru, seorang gadis muda berusia 19 tahun, telah berkongsi di laman Twitter mengenai kejayaan beliau membukan dua cawangan minuman viral iaitu air boba di Indonesia.

Menurut @Qhouirunnisa, dalam masa tiga bulan sahaja dia dan bapanya berjaya membuka dua cawangan kedai minuman boba yang dikenali sebagai Chillax.

Elhenhbuyae7Llc
Sumber: twitter

 

Elhenhaueaifj2S
Sumber: twitter

Gadis ini membuka kedai minumannya di kawasan daerah Ciputat Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.

Mesti ramai yang nak tahu dia ni Malaysia atau Indonesia?

Disebabkan ramai netizen yang keliru dengan status gadis ini, akhirnya dia memberi respon mengenainya. Nisa berkata, dia merupakan half Malaysia dan half Indonesia. Sebelum ini dia lahir dan di besarkan di Malaysia.

Kami ada rumah dekat indo & selalu balik indo setiap raya jadi peluang amatlah cerah so masa bulan SEP2019 dalam masa 1 minggu my dad push bukak kedai 1 dalam masa seminggu”

Tambahnya lagi, dia dan bapanya mengambil peluang ini kerana tahu bahawa kadar sewa kedai di negara itu agak murah dan mereka nampak keberhasilan apabila berniaga di sana.

Elheng U0Aa7Gut
Sumber: twitter

Nisa turut berkata, bagi tahun 2020 dia dan bapanya akan mengusahakan lebih 48 cawangan kedai minuman boba yang sememangnya menjadi fenomena pada masa kini.

Fuhh baru 19 tahun dah berjaya buka kedai sendiri. Semoga perniagaan ni terus berjaya dan mendapat sambutan dari semua orang.

 

Baca: “Orang jual kau pun sibuk nak jual!” – Cik B Jual Air Boba RM15 Tapi Netizen Menyesal Beli Sebab Tak Sedap!

Boab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.