in

“Dia tak professional bila berniaga” – Sajat Kalah Kes Saman Hampir RM200K Lepas Muat Naik Gambar Bertelekung?

Featured Image Sajat Kalah Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh di katakan, sejak semalam isu gambar Nursajat mengenakan telekung semasa berada di tanah suci Makkah menjadi perbualan hangat di media sosial.


Ramai netizen mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap usahawan itu kerana menganggap dia mempersendakan agama.

1
Sumber: instagram

Namun setelah kemelut ini melanda usahawan itu, Nur Sajat juga dikatakan terpaksa membayar ganti rugi beserta kos mahkamah dan faedah bagi kes sivil kepada OWA Resources.

Menurut laman Facebook Nurwati Hussin yang juga merupakan plaintif dalam kes tersebut mengaku bahawa kes ini secara tidak langsung membawa kepada tekanan perasaan dan stres.

Alhamdulillah?? #KAMI #MENANG ??berkat kesabaran kami selama 2 tahun sudah pun terungkai.. dan Tuntutan Plaintif (Kami…

Posted by Nurnilam Sari on Thursday, January 30, 2020

Setelah hampir dua tahun membawa kes ini ke mahkamah, Nurwati bersyukur kerana akhirnya tuntutan daripada plaintif OWA Resources diterima oleh mahkamah dan secara tidak langsung Nur Sajat Aesthetic perlu membayar pampasan yang telah diputuskan oleh hakim.

79857787 3223964264287040 5339692368192864256 O
Sumber: facebook

Ini membuktikan bahawa tuduhan tidak berasas Nur Sajat dan kenyataan fakta yang salah terhadap Nurwati adalah perbuatan fitnah semata-mata. Ianya berbahaya kepada reputasi Nurwati dan telah diterbitkan dengan kesalahan dan niat jahat.

Sebelum ini, Nur Sajat Aesthetic dikatakan gagal untuk membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh syarikat OWA Resources pada Febuari dan April 2018.

Sajat
Gambar hiasan

Oleh yang demikian, syarikat itu terpaksa membayar semula wang yang telah diambil daripada ejen-ejen berdaftar.

“Saya hanya boleh berkata bahawa kelakuan Nur Sajat Aesthetic sebagai tidak profesional dan saya sangat gembira bahawa mahkamah telah bersetuju dengan saya. Keputusan ini adalah satu mesej yang sangat jelas,”  Nurwati

Barisan peguam yang mewakili OWA Resources percaya bahawa imej dan reputasi anak guam mereka adalah sangat penting terutamanya bila ia sudah dicalarkan dan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkan apa yang sudah berlaku.

83403530 3323141414369324 1339855394909978624 O
Sumber: facebook

“Anak guam kami perlu membersihkan nama mereka dan berharap pihak mahkamah akan melakukan perkara yang betul, dan anak guam berpuas hati dengan keputusan hari ini.

“Akibat dari kes ini, anak guam terpaksa merayu kepada pelanggan mereka untuk terus menjalankan perniagaan dengan syarikat mereka kerana secara tiba-tiba, mata pencarian mereka terganggu oleh kes pelanggaran kontrak tersebut.

Ianya menjadi jelas bahawa kes ini telah memberi banyak kerosakan kepada perniagaan mereka. Kami gembira bahawa keadilan telah dicapai bagi pihak anak guam kami,” peguam.

Semoga lepas ni masing-masing akan berniaga dengan lebih jujur.

 

Baca: “Dia memang lelaki!” – Sepupu & Bekas Kawan Dedah Jantina Sebenar Sajat Lepas Tular Gambar Dia Buat Umrah Tapi Bertelekung?

Featured Image Sajat Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.