in

“Dia stay dalam kelas je sebab cepat letih” – Budak 7 Tahun Tetap Nak Rasa Suasana Bersekolah Walaupun…

Hazim Hafifi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim persekolahan bakal bermula dan anak-anak yang baru nak masuk darjah satu ni  mesti excited gila kan nak ke kelas serta belajar bersama rakan-rakan.


Tapi tahu tak korang, tak semua budak-budak yang berusia 7 tahun ni sebenarnya berpeluang nak merasa situasi macam ni. Sebabnya mungkin dorang tak berkemampuan, tapi yang lebih menyedihkan kalau mereka sakit macam adik ini.

 

“Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah” 

Menerusi perkongsian Khairatul Azni di Facebook, ibu kepada anak yang bernama Hazim Hafifi ni berkongsi cerita mengenai anaknya yang bakal memulakan sesi persekolahan tak lama lagi.

Mungkin perkara ni nampak biasa kat parents lain, tapi yang menjadi cabarannya ialah adik Hazim ni mengalami penyakit buah pinggang tahap kronik yang membataskan pergerakannya untuk bersekolah macam anak-anak lain.

Sekolah
sumber: facebook

 

“Cikgu suruh duk tepi, tapi tetap nak beratur jugak. Nak merasa duduk dengan kawan-kawan” 

Tapi yang bestnya dengan Hazim ni, dia tak selemah yang kita sangkakan. Walaupun hidap penyakit kronik, Hazim ada semangat yang kuat nak bersekolah. Kalau boleh dia nak join kawan lain beratur kat perhimpunan walaupun dia sakit. Aduhai anak… 

49124989 2227853927226037 2471923235566911488 N

49061442 2227853867226043 9175106328253693952 N

48923766 2227853993892697 1916899489671544832 N

49029682 2227854030559360 4594514258141642752 N
sumber: facebook

 

Cari kerusi yang sesuai untuk anak di kelas, tak mahu rasa penat masa belajar

Menyedari keinginan Hazim untuk bersekolah semakin kuat, emaknya sanggup nak beli kerusi baru semata-mata nak anaknya selesa ketika belajar di kelas. Kerusi yang ada sekarang tak sesuai sebab tinggi sangat dari Hazim.

49521063 2227853957226034 3888039021812645888 N
sumber: facebook

Admin doakan semoga adik Hazim sihat sembuh dari penyakit dan ibu bapa anak ni dipermudahkan urusan dalam menjaga anak mereka dengan baik. Nanti dapat kerusi baru, bertambah semangat adik Hazim ye! 

Baca: Kenali Chef Cilik Danish Harraz, Muda-muda Dah Buat Kempen Bantu Anak Miskin Dan Sponsor Keperluan Sekolah

Bantu 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.