in

Kenali Chef Cilik Danish Harraz, Muda-muda Dah Buat Kempen Bantu Anak Miskin Dan Sponsor Keperluan Sekolah

Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang anak kita buat agaknya pada usia 11 tahun? Belajar, main bola atau paling tinggi pun terlibat dalam pertandingan dan mewakili sekolah?


Namun seorang anak muda yang baru berusia 11 tahun serta bergelar chef cilik baru-baru ni menarik perhatian netizen setelah dia melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Mana taknya, Danish Harraz ni bukan je pandai berbisnes jual kek tapi sekarang pandai buat projek amal bantu golongan yang memerlukan. Wow!

Harraz
sumber: instagram

 

“Doakan Abang Danish dapat sediakan semuanya serba-serbi cukup untuk mereka” 

Menerusi perkongsian tweet Danish, dia telah berjaya membeli kesemua barangan yang diperlukan untuk projek amal Anak Lemoi Back To School 2019. Barang persekolahan ini akan disalurkan ke SK Lemoi di Cameron Highlands, Pahang.

Malah menerusi posting Instagram Danish juga, dia mohon para netizen untuk mendoakan supaya usahanya dalam membantu anak-anak Lemoi dan keluarga daif di sana dipermudahkan.

 

“Such a sweetheart! Buat kerja amal pada usia yang sangat muda memang sesuatu yang sangat dikagumi” 

Usaha yang dilakukan Danish Harraz telah mendapat perhatian netizen yang terharu dengan sikap mulianya itu. Kebanyakannya anggap Danish sebagai inspirasi sebab bukan senang tau pada usia yang muda macam ni dah ada bisnes sendiri pastu siap menderma pulak tu!

Baik
sumber: twitter

Lagi best, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) juga telah menyuarakan hasrat untuk sokong perbelanjaan projek amal Danish ni. Alahai! Hebatnya awak dik! 

https://twitter.com/Danish_Harraz/status/1075061057842868230

 

Terinspirasi jadi sukarelawan pada usia 8 tahun, jamu gelandangan dengan kek dan muffin buatan sendiri 

Menurut Sinar Harian, Danish mula jatuh hati dengan aktiviti sukarelawan apabila dia melayari IG selebriti, Daphne Iking yang papar aktiviti NGO Need To Feed The Need (NFN) ketika dia baru berusia 8 tahun.

Danish kemudian terus hubungi NFN dan tawar diri sebagai sukarelawan yang seterusnya disertai ibu bapanya.

Harraz 3
sumber: instagram

Pada awal pembabitan, Danish sediakan juadah macam kek, biskut, muffin dan kek cawan untuk dijamu kepada kanak-kanak di kawasan gelandangan macam Jalan Masjid India dan Chow Kit.

Dia kemudian menubuhkan kumpulan sokongan sukarelawan dengan harapan dapat membantu golongan asnaf dan pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia.

Alhamdulillah… semoga lebih ramai anak muda yang terinspirasi dengan perkara yang dilakukan Danish. Go adik go! 

Baca: “Kalau menggembirakan biarlah” – Lelaki Viral Deyyy Tak Kisah Orang Buat Parodi Tentang Dia

Deyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.