in

“Terjaga masa dicium dan diraba” – Wanita Dakwa Dicabul Ahli Politik Pangkat ‘Datuk’, Rupanya Kes Tak Puas Hati?

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Sinar Harian melaporkan yang pihak polis sedang mengesan saksi berkaitan seorang ahli politik bergelar Datuk bagi membantu siasatan dakwaan kes cabul seorang wanita di sebuah rumah di Taman Melawati.

Sumber mengatakan, Datuk tersebut dan isterinya dikatakan telah melawat dan bermalam di rumah mangsa dan suaminya pada Julai sehingga 15 Ogos tahun lalu.


Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 5 pagi. Mangsa tidur di bilik bersebelahan bilik suspek sebelum tersedar dirinya dicium dan diraba.

Cabul 2

Pada awalnya, mangsa menyangkakan perbuatan itu dilakukan oleh suaminya namun mangsa terkejut bila mendapati ia dilakukan suspek.”

Laporan ini tak dibuat lebih awal kerana mangsa bimbang akan keselamatan dirinya dan suami kerana suspek mempunyai pistol dan bersikap panas baran.

Tak cukup dengan itu, mangsa juga dikatakan berhutang dengan suspek sebanyak RM200,000 atas urusan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan laporan yang dibuat oleh mangsa pada 16 Mac lalu.

“Tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya”

Pun begitu, Malaysiakini melaporkan, Bekas Adun Air Putih Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid telah menafikan dakwaan dia mencabul isteri rakan baiknya itu dan mengatakan yang dia tak pernah bermalam di rumah pengadu.

Ahad lalu kira-kira pukul empat petang, dia bersama isteri datang ke rumah saya di Geliga untuk berbincang tentang hutang. Tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepada serta badan dibaling pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tak boleh bangun sebelum dia berlalu pergi.

Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid Bernama

Saya maklumkan padanya yang saya akan buat laporan kepada polis dan dia mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang boleh memalukan saya dan tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya.

Wan Ahmad Nizam dikatakan telah pun membuat laporan polis tentang isu pukul tersebut di Balai Polis Chukai dan berkenaan dakwaan cabul pula, pihaknya serahkan kes tersebut kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Roslee Chik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek ditangkap di Ampang Jumaat lalu tetapi tidak direman.

 

Baca: “Sakit!” – Budak 5 Tahun Sempat Jerit, Ayah Masuk Bilik Tengok Bapa Mertua Separuh Bogel Tengah Cabul Cucu

Screenshot 2021 03 22 At 5.10.55 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.