in

“Dia pulak jadi orang ketiga” – Suami Pasang Banner Tanda Sokong Minat Isteri Pada Sehun EXO

f2 banner kpopp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah mendirikan rumah tangga bukanlah penghalang untuk mana-mana lelaki atau wanita meneruskan minat dan hobi mereka. Asalkan tak lupa tanggungjawab pada pasangan dan keluarga, rasanya tak ada masalah pun kalau nak buat aktiviti kegemaran.

Seorang wanita di Indonesia ini pula sangat bertuah apabila memiliki suami yang sangat supportive sehingga minatnya kepada bintang K-Pop turut didukung oleh pasangannya.


banner kpop 4

Baru-baru ini viral di media sosial tentang seorang lelaki yang sanggup panjat tangga untuk memasang sepanduk gambar artis kegemaran isterinya iaitu EXO Sehun.

https://www.instagram.com/p/CcZIXQbvDPA/?utm_source=ig_web_copy_link

Boleh dilihat dalam banner itu, gambar isterinya telah disunting berada di sebelah artis berkenaan manakala gambar dirinya sendiri pula berada jauh daripada isterinya. Bila tengok, macam si suami tu pulak yang jadi orang ketiga. 

Difahamkan, sepanduk itu telah dipasang di hadapan rumah mereka. Ni baru betul, kena lah saling sokong minat masing-masing kan.

@oohwindy11

Happy b’day sehun exo? #exol #exolbaliofficial #exolindonesia #sehun#fyp

♬ Angel Baby – Troye Sivan

Banner berkenaan difahamkan telah dipasang bersempena dengan hari lahir EXO Sehun pada 12 April lalu.

Video  sepanduk yang pada mulanya dikongsikan di TikTok oleh akaun oohwindy11 itu kemudiannya telah tular dan meraih perhatian ramai peminat muzik K-Pop yang lain.

Rata-rata warganet terhibur dengan tindakan lelaki itu yang sanggup buat macam itu untuk menunjukkan perasaan sayang dan cinta terhadap pasangannya.

banner kpop 5

Kan bagus kalau macam ni, takde la gaduh-gaduh kan. Sokong je minat pasangan korang selagi benda yang dorang suka tu bukan perkara yang jahat. 

Sumber: TikTok @oohwindy11

Baca: Enggan Bagi Tiket Pada Isteri Sendiri, Tindakan Lelaki Hadir Konsert BTS Dapat Perhatian 

banner kpop 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.