in

“I love Kuching”- Artis Korea Selatan, Rain Diserbu Peminat Ketika Melawat Sarawak

F4 Rain Pelakon Korea Datang Sarawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat peminat drama Korea lama-lama, sudah tentu anda mengenali artis popular dari Korea Selatan iaitu Rain yang pernah membintangi drama Full House kan.


Tahukah anda, baru-baru ini, penyanyi dan pelakon tersebut telah datang ke Malaysia setelah dijemput menjadi tetamu utama istimewa Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di Kuching, Sarawak.

Kedatangan Rain ke Kucing sudah tentu telah mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik dan drama Korea.

Ketika majlis meet and greet di The Old Court House Kuching, Rain telah mencairkan hati peminatnya di Malaysia kerana dia telah mengatakan dia sangat menyukai Kucing dan makanan kegemarannya di situ ialah laksa.

Bukan itu sahaja, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon juga mengucapkan ‘Apa khabar, saya sayang kamu’ dalam bahasa Melayu.

Menurut Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak, kedatangan Rain telah disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

15

14 1

Min memang minat tengok drama Full House lakonan Rain dan Song Hye-kyo dulu-dulu ini. 

Baca: Artis K-POP Dipuji Netizen, Beri Laluan Untuk Peminat Muslim Tunaikan Solat Maghrib Ketika Konsert Di KL

F2 Artis K Pop Beri Laluan Untuk Peminat Solat Ketika Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.