in

“Dia pernah tangkap…” – Marah Ular Patuk Dekat Muka, Warga Emas Gigit Balik Ular Sampai Mati

Ular Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki sedang bekerja di sebuah ladang bersama penduduk kampung yang lain sebelum tiba-tiba seekor ular muncul di depannya. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di sebuah kampung dekat Mahisagar, India dan pekerja itu semua sedang memindahkan jagung ke dalam trak.


Ketika sedang membuat kerja, Parvat Gala Baria, 60, terkejut apabila tiba-tiba seekor ular keluar dari tempat simpanan jagung. Semua pekerja terus melarikan diri tetapi hanya dia seorang yang tidak berganjak. Menurut ketua kampung,

Baria tidak berganjak dan berkata dia pernah tangkap ular itu sebelum ini.”

Ular2 1
gambar hiasan

Dia kemudian terus menangkap reptilia berbisa itu namun haiwan terbabit tiba-tiba bertindak agresif dan mematuk tangan dan mukanya. Selalu kita dengar kalau orang kena patuk, mereka biarkan ular tu pergi kan Tapi Baria tidak buat macam itu, dia sebaliknya menggigit semula ular itu!

Kerana marah, Baria menggigit semula ular berkenaan hingga menyebabkan haiwan itu mati.”

Gigit Ular
gambar hiasan

Beberapa minit lepas ular tu mati, Baria dilihat berada dalam keadaan lemah dan penduduk kemudian segera membawanya ke sebuah hospital di Lunawada.

Malangnya, Baria meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawaran akibat racun ular tersebut sudah merebak ke seluruh tubuhnya.

Tak boleh imagine macam mana dia boleh gigit ular tu sampai mati…

Baca: “Kan dah mendapat” – Gadis Ketuk Ular Sampai Mati Dalam Rumah, Netizen Tegur Takut Terbunuh ‘Jin Berupa Ular’

Bunuhlah Ia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.