in

“Dia pakai gelang pink dan batuk” – Kaunter Balai Polis Sentul Ditutup Lepas Lelaki Ingkar Kuarantin Datang Buat Aduan

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kaunter trafik Balai Polis Sentul terpaksa ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan lepas seorang lelaki ingkar perintah kuarantin telah hadir ke balai polis tersebut untuk membuat aduan.


Menurut FMT, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara ini dan mengatakan hanya kaunter trafik sahaja yang ditutup manakala bahagian lain di stesen tersebut masih beroperasi seperti biasa.

Dikatakan, lelaki tersebut telah pergi ke balai polis untuk membuat aduan yang dia telah diganggu.

117831667 1655485631295807 5718634557377709370 N

Bila dia tiba, pegawai polis ternampak lelaki itu memakai gelang kuarantin dan sedang batuk.”

Perkara ini telah dilaporkan ke KKM sebelum arahan meminta kawasan yang dilawati oleh lelaki tersebut ditutup dikeluarkan.

Katanya lagi, maklumat lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan oleh kementerian.

 

Baca: Makcik Gelang Pink Langgar Arahan Kuarantin Kena Penjara Sehari, Denda RM8,000!

Screenshot 2020 08 19 At 4.25.47 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.