in

“Dia ni first & last” – Lepas 7 Tahun Terpisah, Wanita Akhirnya Kahwin Dengan ‘Crush’ Sekolah

Ft Kahwin Dengan Crush

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah jodoh, cuba elak macam mana sekalipun, pasti akan bersama, lebih indah kalau si jodoh tu adalah crush kita.


Siapa sangka, lepas 7 tahun terpisah dan dah cuba nak move on, wanita yang dikenali sebagai @Rinaraa ini bertemu jodoh dengan lelaki idamannya yang dah menaruh hati sejak dibangku sekolah lagi.

 

Ada hati sejak dari sekolah

Kata Rina, dia sudah menaruh hati dengan suaminya itu sejak dari sekolah lagi, suaminya itu senior dia, pertemuan mereka bagaimanapun terputus apabila Rina pindah sekolah dan Rina tidak dapat berhubung dengan si dia kerana tutup akaun FB.

Walaubagaimanapun, Rina tak dapat melupakannya walaupun dah cuba move on.

@k_rinara

Our honeymoon went well ?

♬ original sound – Rinaraa ? – Rinaraa ?

“Lost contact and i try move on. Tapi tak boleh, selalu teringat dekat dia. Kalau teringat je doa dekat dia.”

Kata Rina lagi, suaminya itu adlah crush pertama dan terakhirnya, dia tak pernah suka orang lain sama macam dia suka pujaan hatinya itu.

“Dia ni sangat one ia a million, tak pendang perempuan, jalan tunduk, kalau perempuan mengurat pun dia tak layan. Memang I rasa I tak layak untuk dia. HAHA”

 

Jumpa balik 

Masa kian berlalu, tahun 2020, kerja Rina memerlukan dirinya untuk menggunakan akaun Facebook. Jadi, selepas buat akaun baru, Rina cuba ‘cari’ semula lelaki idamannya itu selepas beberapa bulan.

“Sebab tertanya-tanya manalah tahu dah kahwin ke. HAHAHAHA. Alhamdulillah dia approved dan masih ingat I. Yang kelakarnya tempat training I dekat Shah Alam dan dia kerja pun dekat Shah Alam.”

@k_rinara

Reply to @cnizdy here’s my love story ❤️❤️

♬ You Belong With Me (Taylor’s Version) – Taylor Swift

Rina juga ada mengatakan bahawa dia pernah ada hubungan cinta dengan orang lain tapi semuanya banyak halangan, tetapi dengan suaminya yangs ekarang ini segala urusan dipermudahkan.

“Rupanya yang I selalu teringat dekat dia pun dia selalu teringat dekat I. Even tak pernah bercakap depan-depan, Just say hi dekat FB.”

Dengan kisah yang dikongsikan ini, Rina berpesan bahawa tidak perlu risau soal jodoh. Katanya, pasti Allah akan hadirkannya juga pada masa dan orang yang tepat

 

Baca : “Dah doa dari first time nampak” – 8 Tahun Terpisah, Gadis Tak Sangka Bertunang Dengan ‘Crush’ Zaman Sekolah

Fi Crush

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.