“Dia macam kena pasung” – Perompak Sesat Dalam Rumah Sebab Keluarga Ini Amalkan Ayat Dari Surah Yassin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ni kita pernah dengar pasal keajaiban bila mengamalkan doa atau ayat tertentu dari Al Quran.

Terbaru, satu perkongsian di laman Twitter daripada @TweetIslamik mengenai kisah seorang perompak yang sesat dan tidak menjumpai jalan keluar dari rumah yang ingin dirompaknya kerana dipercayai keluarga itu mengamalkan satu ayat dari surah yasin (ayat 9).

Menurut wanita yang menceritakan kisah ini, dia dan suaminya memang jarang berada di rumah kerana bekerja secara syif di sebuah hotel di Bukit Genting.

Dia turut berkata perompak itu memang sudah lama menyasarkan rumah mereka untuk dirompak kerana dia tahu bahawa rumah itu memang jarang berpenghuni.

Wanita ini turut menjelaskan bahawa waktu bekerjanya adalah selama tiga minggu berturutan dan seminggu cuti. Jadi waktu cuti seminggu itu pula mereka keluarga akan keluar pergi bercuti. Oleh itu, rumahnya sekali lagi kembali tidak berpenghuni.

Kejadian ini bermula apabila mereka yang baru sahaja balik bercuti dan terkejut mendapati ada lelaki tidak dikenali berada di dalam rumahnya dengan keadaan yang tidak bermaya.

Sumber: Tweet Islamik

Wanita ini lantas ingin telefon pihak polis namun dihalang oleh suaminya kerana dia ingin menyoal siasat sendiri lelaki itu.

“Buat apa di rumah kami?”

Setelah melihat keadaan lelaki yang lemah itu, suami wanita ini memberikan makanan yang dibungkusnya untuk lelaki itu makan.

Kemudian suami wanita ini bertanya kepada lelaki asing itu tentang tujuannya berada dalam rumah mereka. Lantas dia menjawab rumah mereka memang menjadi sasarannya.

Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So, dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak.

Lelaki itu turut mendakwa bahawa dirinya seperti dipasung kerana apabila dia cuba untuk melarikan diri mencari jalan keluar, langsung tidak menjumpainya.

Selepas keadaan sudah reda, suami wanita ini hanya melepaskan lelaki asing itu tanpa mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Tambahnya lagi, mereka turut berkata, surah yang diamalkan itu bukan hanya ketika mereka hendak keluar rumah, tapi setiap kali nak tidur pun masih amalkan.

Wah, boleh la kita hafalkan lepas ni. Semoga memberi manfaat.

 

Baca: “Saya tak mahu duit puan” – Perompak Bersenjata Cium Dahi Warga Emas Untuk Tenangkannya Sebelum Selamba Merompak Kedai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?