in

“Dia kata nak bagi hadiah” – Sengaja Calarkan BMW Kat Showroom Guna Kunci Sebab Nak Paksa Bapa Belikan

Calar Kereta Bmw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas dah berjaya dapat lesen kereta, mestilah tak sabar nak drive kan? Tapi seorang lelaki sebaliknya ditahan polis hanya kerana terlalu obses untuk dapatkan kereta baru.


Menurut Asia One, pemuda berusia 22 tahun dari Jiangxi pergi ‘cuci mata’ dekat sebuah showroom BMW pada 25 November lepas.

Kereta1
sumber: wob

Berminat dengan sebuah kereta sedan berwarna biru, dia terus call bapanya dan minta untuk dibelikan on the spot. Namun, entah apa yang berlaku ketika perbualan itu membuatkan pemuda itu tiba-tiba naik angin.

Lepas dah habis on call dengan bapanya, dia yang tengah pegang kunci ketika itu terus berjalan menuju ke kereta sedan BMW tersebut dan calarkan di sepanjang pintu bahagian penumpang.

Kereta2
sumber: wob

Tapi bila polis sampai di tempat kejadian pemuda tu buat macam tak bersalah dan berkata bapa dia akan sampai sebab dah janji untuk belikan kereta baru sempena berjaya dapat lesen.

Selepas ditahan polis, pemuda itu sendiri mengaku yang dia sengaja calarkan sebab nak paksa bapa dia belikan kereta tersebut untuknya.

Kereta3
sumber: wob

Video ketika kejadian itu berlaku tersebar di media sosial China, Weibo dan ramai netizen yang tonton rasa bengang dengan perangai pemuda tu.

Dia dah 22 tahun tapi perangai masih macam budak-budak?”

Ini semua salah mak bapak sebab manjakan dia. Patutnya dah besar kenalah kerja dan beli sendiri kereta tu.”

Bagaimanapun, tiada berita yang mengesahkan sama ada bapa dia terpaksa bayar kerosakan pada kereta BMW itu atau tidak.

Baca: “Miskin sangat ke sampai mencuri?” – Akibat Tumbuk Peniaga Roti, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

6Bok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.