in

“Dia kata bilik ada syaitan!” – Ibu Hentak Kepala Dekat Tiang Sebelum Kelar Empat Anak Kecil dan Diri Sendiri

Kelar Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu bertindak mengelar leher keempat-empat anak kandungnya sebelum mengelar dirinya bertujuan untuk membunuh diri. Kejadian berlaku di bilik pekerja sebuah resort dekat Pulau Mantanani, Kota Belud.


Menurut Harian Metro, bapa kepada kanak-kanak tu, Yohanes Kolin, 54, pekerja kebun resort tersebut, sebelum kejadian isterinya menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik.

Bilik Syaitan
sumber: berita harian

Malah, wanita yang dikenali sebagai Rimah Binti Jimmy, 30, pernah beritahu suaminya itu bahawa tempat mereka diami tu ada gangguan syaitan.

Sejak dua minggu lalu isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.”

Ketika kejadian, selepas disuruh berhenti menghentakkan kepala ke tiang, Rimah dikatakan kembali tenang dan minta Yohanes teruskan pekerjaan sebelum bawa masuk empat anak mereka ke dalam bilik.

Ibu 4
sumber: facebook

Kira-kira jam 1.30 petang, menurut Yohanes dia baru pulang ke rumah dan terdengar suara anak-anak meminta tolong dari dalam bilik.

“Saya terus meluru masuk ke bilik dan membuka pinta namun ia terkunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah.”

Dia kemudian terus rempuh pintu bilik dan berjaya masuk sebelum ternampak isterinya tu tengah kelar lehernya sendiri dengan pisau. Dalam keadaan terkejut dan kelam kabut, dia terus tahan tangan isteri dan rampas pisau tu.

“Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya berlari keluar untuk minta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan.”

Anak 1

Anak 2
sumber: facebook

Beberapa anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 yang sedang buat rondaan segera ke lokasi kejadian kira-kira jam 1.40 petang dan bantu menghantar anak-anak dan isterinya yang parah tu ke hospital menggunakan bot.

Malangnya, anak bongsu Yohanes berusia 8 bulan, Jerry mati di tempat kejadian. Anak-anaknya yang lain dikenali sebagai Jihan, 2, dan Melati, 5, kritikal manakala Nurul Hanisah, 7, cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Ibu 1

Ibu 2

Ibu 3
sumber: facebook

Isteri Yohanes pula kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth. Mengimbau kembali detik menyayat hati tu, Yohanes akui masih tidak sangka dengan apa yang telah berlaku.

Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana isteri amat menyayangi anak-anak, lebih-lebih lagi Jerry.”

“Tidak tahu mengapa dia (isteri) bertindak sedemikian kerana anak-anak amat manja dengannya. Malah sebelum kejadian, isteri menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anak.”

Harap isteri Yohanes dapat rawatan yang sepatutnya jika dia benar-benar mempunyai masalah yang serious.

Baca: ‘Kalau nak jadi King, bunuh anak kau’

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.