in

“Dia igt naik moto ke apa” – Comel! Aksi Kura-kura Tunggang Atas Ikan Dalam Akuarium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kucing, ramai gak dalam kalangan kita yang bela hidupan akuatik seperti ikan atau kura-kura. Kita jarang lah nampak perangai pelik-pelik dari ikan, apatah lagi kura-kura.


Tapi kali ni admin nak share satu video perangai pelik seekor kura-kura yang berjaya dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Dalam video berdurasi 15 saat oleh @theghrack kat bawah ni korang boleh tengok seekor kura-kura ‘menunggang’ ikan dalam akuarium. Takleh imagine kan? Korang tengok lah video kat bawah ni

 

Ingat naik moto ke

Pertama kali dalam hidup admin, admin tengok perangai pelik kura-kura. Biasa tengok perangai kucing je yang pelik-pelik. Admin rasa kura-kura tu boring kot duduk dalam akuarium, dia pun nak rasa thrill naik kenderaan. Cuma dalam kes ni dia pilih ikan jadi kenderaan dia.

Haa.. tepat sekali. Kesian kat ikan tu, dia tengah tak buat apa-apa terus kena kacau dengan kura-kura tu. Yang kura-kura tu pun entah mana dia dapat idea nak tunggang ikan tu pun tak tahu lah

Tutup mata member memang susah lah nak nampak jalan. Dah lah tiba-tiba je naik badan orang. Eee.. geram je rasa.

Selama ni tak pernah menang dengan arnab, ni dah naik ikan baru rasa laju sikit. Tapi tak pasal menyusahkan pihak lain. Kesian ikan tu.

 

Baca: Benjol Di Kepala Rupanya Tanda Kecacatan? Ini Sebab Ikan Flower Horn Bahaya Dimakan & Tak Boleh Dilepaskan Ke Sungai

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.