Viral di Facebook video seorang makcik mengadu nasib tentang layanan anak dan menantu terhadapnya. Menurut makcik berbaju kurung dan bertudung hitam tu, dia telah dipukul oleh menantunya sampai lebam badan dan perlu ke klinik.
Namanya Maria.”
Bila si perakam tanya apa yang menantunya dah buat. Makcik tu cerita, semuanya bermula bila dia tegur pasal pampers cucu dia.
Dia pukul. Akak tegur pasal pampers anak dia tepi pintu. Anak dia dah batuk-batuk. Akak cakap buanglah pampers tu, kan berkuman. Sebab tu budak jadi batuk.”
Kata makcik ni, dia tegur dengan baik dan nada yang elok tapi sebaliknya menantu dia naik angin sebab tak boleh nak terima teguran tu. Menantu dia siap tengking balik,
Sampah kau tu lagi busuk!”
Lepas tu menantu dia menjerit-jerit sebab taknak dengar apa yang makcik ni nak cakap. Bukan tu je, menurut makcik ni juga menantu dia memang tak hormat orang yang lebih tua. Malah dia sendiri cakap menantu dia jenis tak sedar diri, tak bersyukur dan berterima kasih.
Lebih teruk, menantu dia siap berani pukul makcik ni. Bila ditanya dekat mana kena pukul, makcik ni jawab,
Bahagian dada. Dia tendang kuat-kuat sesungguh hati. Tangan akak dia tarik. Tangan akak sebelah pegang kain sebab akak berkemban. Dia telanjangkan akak dua kali.”
Ketika video ni dirakam, difahamkan makcik ni baru lepas kena tendang dengan wanita warga Indonesia tu di bahagian dada.
Tapi, depan suami dia cakap makcik ni yang pukul dia. Menyedihkan, lelaki tu lebih percayakan isteri dia daripada ibunya ini. Wanita itu juga dikatakan menghasut suami serta cucunya supaya tak sukakan makcik ni. Sampaikan makcik tu kena halau dari rumah, bukan sekali tapi berkali-kali!
Ada seorang saksi beritahu bahawa dia nampak makcik ni dekat hospital dengan keadaan lebam penuh di badannya. Doktor pun dah nasihatkan supaya makcik buat laporan polis.
Korang tengok sendiri video tu:
https://www.facebook.com/tiktokviralviral/videos/492992154571959/
Ramai netizen komen dekat post tu, masing-masing tak berpuas hati dengan sikap anak serta menantu makcik ni. Ada juga yang bagitau niat nak jadikan makcik ni mak angkat dan tinggal bersama.
Baca: “Kerja sampai mati pun tak habis…” – Mak Meninggal Lepas Masak Lauk Tapi Anak Tak Balik Makan Pun