“Wanna Quit Life” – Remaja 16 Tahun Bunuh Diri Lepas Followers Instagram Undi Dia Patut Mati

Masalah gangguan mental bukan boleh dibawa main. Kalau korang kenal dengan orang yang ada masalah mental atau korang tengok kawan korang perlukan sokongan, tolong bagi.

Macam kes yang berlaku di Kuching, Sawarak ini. Seorang remaja berusia 16 tahun mengakhiri hidupnya selepas mendapat 69% undian mengatakan dia patut mati. Astaghfirullah!

Menurut Awani, remaja ini membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superitenden Aidil Bolhassan berkata, remaja ini membuat undian menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi IG Story, remaja ini telah membuat kotak undian memberikan pilihan kepada followers untuk memilih sama ada dia patut hidup atau mati.

Sumber: Awani

Menurut MyMetro, gadis ini bertindak begini kerana kecewa dengan bapa tirinya yang jarang balik ke rumah selepas mula bekerja di Singapura dan berkahwin dengan wanita warga Vietnam.

Rakan baik remaja ini mengatakan, dia telah memuatnaik story menulis “Really Important, Help Me Choose D/L” katanya D membawa maksud mati (die) dan L bermaksud hidup (live).

Malangnya, kerana 69% pengikutnya memilih D dan 31% memilih L ia membuatkan remaja ini membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai.

Sebelum itu, remaja ini juga ada memuatnaik status di Facebook dengan berkata “Wanna Quit Life I’m Tired”.

Lebih menyedihkan, mayat remaja ini ditemui oleh adik lelaki dan ibunya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam. Mereka melihat mangsa terbaring berdarah di atas jalan tepi bangunan tersebut.

Kalau korang nampak ada orang update status nak mati ke bunuh diri ke, janganlah korang perli atau provok dorang. Tolong dorang, make sure dorang tahu yang korang ada untuk jadi pendengar. Jangan nanti korang menyesal.

 

Baca: Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara-Gara Ayah Tak Bagi Main Game

 

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson