in

“Dia cuma menjaga hubungan dia dengan Allah dan ibu bapa. Saya tak pernah tengok dia terasa susah…”

Nurul 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita dengar mengenai kisah seseorang menempa kejayaan, pasti kita tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan tersebut? Setiap seorang pasti ada jawapan yang tersendiri, namun kisah kejayaan gadis ini patut dijadikan tauladan buat semua.

Melalui perkongsian Muhammad Faisal di laman Facebook, dia telah menceritakan kisah suka duka yang ditempuhi adik perempuannya, Nurul Huda sehingga gadis itu kini berjaya menjadi seorang doktor.


Berikut apa yang diceritakannya:

“Ini gambar saya ambil secara curi-curi. Apa yang saya nak kongsikan adalah apa yang saya nampak dari mata kasar saya selama saya hidup bersama adik saya.”

19875418 1584226181611021 8814708975490905402 N
sumber: facebook

Salah satu rahsia adik saya ini, hubungan dia dengan Allah. Dari kecil sampai ke besar, solat dia tidak pernah tinggalkan melainkan uzur sahaja.” 

Menurut Faisal, semuanya kelihatan sangat jelas ketika dia menziarahi adik perempuannya buat kali yang pertama di Eropah pada tahun 2013 dan 2014. Nurul Huda dilihat tidak cerewet untuk menunaikan solat di mana-mana saja dia berada. Tak kiralah di dalam bas atau fitting room, malah Al-Quran juga sentiasa berada di tangannya.

Kejayaan Nurul Huda bermula sejak dari awal lagi. Dia telah cemerlang di dalam semua peperiksaan termasuklah 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Wah, hebatt!

Kemudian adiknya menyambung pelajaran di Asasi MSU untuk mendapatkan biasiswa di bawah Mara. Keputusannya seperti selalu, sangat membanggakan.

“Dia perlu mendapatkan pointer 3.8 dan barulah layak pergi ke Poland. Tetapi keputusan pointer dia hampir 4 full.” Fuh dekan every sem ni!

“Di bawah biasiswa Mara, dia berada dan berjuang di tempat orang (Poland) selama enam tahun. Keputusan dia sebenarnya cemerlang di Poland, saya cuma tahu di saat-saat akhir,” kata Faisal.

15380425 1347391578627817 2951148174426387162 N
sumber: facebook

Namun salah satu perkara menarik mengenai Nurul Huda ialah dia tidak meminta wang dari keluarganya. Selama dia tinggal di asrama sehinggalah kini, dia hanya bergantung dengan wang tajaan biasiswa dari kerajaan dan program pelajar cemerlang. Malah elaun dari biasiswanya sentiasa lebih dari cukup.

“Saya tak pernah tengok dia terasa susah. Saya nampak urusan dia seperti lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dia cool dan relaks walaupun persaingan dia kuat dan banyak. Sampai ke hari ini dia masih belum bekerja tetapi masih boleh sponsor ibu saya dan dia tidak pernah lupakan keluarga.”

19601316 1573730979327208 3222364244963035715 N
sumber: facebook

Kini adiknya sudah merantau ke hampir 15 negara tanpa meminta wang dari ibu bapanya.

Apabila dia pulang ke Malaysia nanti, Nurul Huda akan menjadi Dr. Nurul Huda. Sungguhpun masa depannya cerah, Nurul Huda hanya bercadang untuk membeli Perodua Kancil dan sebuah rumah kepada ibu bapanya sebagai permulaan.

15304440 10210085692353397 5227670651611600527 O
sumber: facebook

“Saya nampak dia cuma menjaga hubungan dia dengan Allah dan kedua ibu bapanya. Siapa yang menjaga hubungan dia dengan Allah, pasti Allah akan melancarkan kehidupannya seharian. Kalau orang tanya siapa mentor saya sampai ke hari ini, orang itu tidak jauh iaitu adik saya sendiri, Doktor Nurul Huda.”

19598764 1578526185514354 1491223721931154120 N
sumber: facebook

Menurut Faisal, dia pernah ditegur dan dinasihatkan adiknya sendiri. Walaupun dia memegang pangkat abang, dia tetap menerima segala perkara baik dari adiknya.

“Saya harap di dunia yang lebih mencabar ini, adik-adik saya dipelihara oleh segala musibah dan dilancarkan segala urusan mereka,” kata Faisal.

Harapnya remaja di luar sana terinspirasi dengan kisah sukses Dr. Nurul Huda. Semoga urusan doktor ini dipermudahkan-Nya. 

Baca: Gadis 19 Tahun Ini Bakal Menjadi Doktor Termuda di Malaysia! 

Chan F1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.