in

Kejam! Remaja Mati Dibakar Hidup-hidup Lepas Enggan Tarik Dakwaan Dirogol Oleh Pengetua Sekolahnya.

Featured 30

Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu dan belajar perkara-perkara baru yang mungkin tidak diajar di rumah.

Malah guru yang mengajar di sekolah juga dianggap sebagai ibu bapa dan dihormati selayaknya.

 

Remaja perempuan mati dibakar hidup-hidup

Namun apa yang berlaku di Dhaka, Bangladesh ini membuatkan orang mula mempersoalkan tentang kredibiliti institusi pendidikan sebagai tempat untuk menimba ilmu.

Memetik harian metro, seorang remaja perempuan mati selepas dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penyerang hanya disebabkan mangsa enggan tarik balik dakwaan cubaan merogol terhadap pengetua sekolahnya yang dikenali sebagai Sirajuddaula.

9Aaa5Ae7745245B527998Da260F558Fb Student Burnt
Sumber : google

Burned Nusrat Jahan Rafi Dmch 06042019 0004

Remaja yang dikenali sebagai Nusrat Jahan Rafi, 18 tahun itu meninggal dunia pada 10 April lalu selepas lima hari dimasukkan ke hospital dengan keadaan 80 peratus tubuh badannya melecur.

Siasatan polis mendapati Nusrat disimbah minyak sebelum dibakar di atas bumbung sekolahnya di Sonagazi oleh sekumpulan penyerang yang berselubung pada 6 April lalu.

 

Nusrat lari dalam keadaan baju dan badan habis dibakar api sebelum…

Namun abang Nusrat memaklumkan yang adiknya sempat menceritakan kejadian sebenar sewaktu dia terlantar di hospital mendapatkan rawatan.

Nusrat memaklumkan yang dia telah dipujuk empat individu untuk naik ke bumbung sekolah, kata mereka salah seorang rakan mereka diserang.

“Sampai di bumbung, mereka kemudian mendesak adik saya menarik dakwaan terhadap pengetua. Apabila dia enggan, seorang daripada mereka mencurah petrol pada badannya dan menyalakan api.”

“Nusrat berlari turun dalam keadaan api membakar pakaian dan tubuhnya untuk mendapatkan bantuan. Pelajar lain yang melihatnya terus memadam api.”

Kejadian itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Bangladesh sampai mereka melakukan protes besar-besaran di seluruh negara. Malah Perdana Menteri Sheikh Hasina juga mengarahkan Hospital Kolej Perubatan Dhaka (DMCH) menerbangkan Nusrat ke Singapura bagi mendapatkan rawatan.

Protest Palash
Sumber : google

Protests2

Namun doktor di Hospital Besar Singapura dan DMCH mendapati keadaan mangsa yang terlalu kritikal menyebabkan dia tak boleh dipindakan ke sana.

Sementara itu, pengetua yang didakwa melakukan cubaan rogol ke atas Nusrat iaitu Sirajuddaula telah pun ditahan dan dipenjara atas kesalahannya itu.

Malah 2 pelajar lelaki sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Nuruddin dan Shahadat pun dah mengaku yang mereka membakar mangsa. Mereka juga telah dihadapkan ke mahkamah majistret selama 9 jam untuk diambil keterangan.

Feni Nusrat Murder Web
Nuruddin dan shahadat hossain shamim
Pengetua
Pengetua sekolah, sirajuddaula

Sewaktu proses ambil keterangan tu, Shahadat berkata dia melarikan diri dari lokasi kejadian selepas membakar Nusrat dan sempat menelefon Ruhul meminta dia dan pelaku yang lain menyembunyikan diri.

Sebenarnya bukan itu sahaja, Shahadat kata dia buat semua itu sebagai membalas dendam pada Nusrat yang menolak hasratnya untuk menjalinkan hubungan mesra sebelum ni.

Siasatan polis juga mendapati kedua-dua remaja itu ada bertemu Sirajuddaula di penjara bagi menerima arahan untuk membunuh Nusrat.

Baca : Tragedi Hwaseong 2 Juta Polis Terlibat 20 Ribu Suspek Ditahan  40 Ribu Cap Jari Diambil Tapi 10 Wanita Mati Sia-sia, Pembunuh Kekal Misteri.

Hwaseong