Sebelum ini kecoh, rancangan animasi Upin Ipin menjadi pertikaian orang ramai setelah dialog yang dikatakan oleh karakter Fizi yang menyentuh persoalan ‘di mana syurga untuk anak yatim’ menjadi kontroversi.
Ekoran dengan kontroversi, PU Azman atau mesra disapa Cik Man mengambil peluang atas isu yang melanda ini untuk mendidik rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Menerusi akaun Instagram PU Azman, dia mengatakan bahawa Fizi adalah satu perwatakan yang realiti mewakili pemikiran kanak-kanak hari ini.
https://www.instagram.com/p/CAy8zd0pRD_/
Mail ungkap hadis palsu!
Tambahnya lagi, dialog mail tentang ‘syurga dibawah telapak kaki ibu sebenarnya adalah hadis palsu’.
Hadis yang popular di kalangan kita iaitu.
“Syurga di bawah tapak kaki ibu”.
Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga.
Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah.
Untuk lebih penjelasan klik sini.
Sementara itu, PU Azman turut memberi kata-kata semangat pada mereka yang terasa dengan ayat yang dikeluarkan oleh Fizi.
https://www.instagram.com/p/CAy55yzp-Nz/
Korang yang bengang dekat Fizi tu maafkanlah dia, dia tak bersalah. Nanti Fizi akan buat permohonan maaf ye..
Baca: Les’ Copaque Production Mahu Hasilkan Video Permohonan Maaf Fizi Untuk Sejukkan Hati Peminat