in

“Dia buat lagi…” – [VIDEO] Aliff Aziz Mabuk & Bertumbuk Dekat Atas Jalan Raya Di Singapura?

Featured Image Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah tular mengenai video penyanyi dari negara Singapura iaitu Aliff Aziz yang dikatakan bergaduh dan melemparkan kata-kata kesat di tempat awam.


Tapi macam biasalah, netizen tetap berharap Aliff untuk berubah menjadi lebih baik dan matang dalam menjalani kehidupan seharian.

Bella Astillah, bekas isteri penyanyi itu ada juga mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedia untuk menerima Aliff semula pada bila-bila masa sahaja.

Bella
Sumber: instagram

Namun begitu, tular sekali lagi di laman Twitter video Aliff Aziz yang kelihatan mabuk dan bergaduh dekat atas jalan raya di Singapura.

https://twitter.com/pio_dhurjana/status/1222464682029547520?s=20

Alif aziz ni tatu penuh dekat belakang badan, tapi penakut… berlari berkejaran”

Video yang hanya berdurasi satu minit itu kelihatan Aliff sedang di kejar dan dibelasah oleh individu lain.

Dalam video itu juga ada mengatakan bahawa Aliff telah membuat kacau di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan ketidakpuashatian orang yang berada di kawasan sekitar.

https://twitter.com/pio_dhurjana/status/1222465182275784704?s=20

Aliff juga kelihatan hanya mampu mempertahankan diri sahaja dan tidak melawan semula terhadap individu yang menyerangnya itu.

Dia turut dipercayai sedang mabuk ketika sedang di belasah.

Alip3
Sumber: twitter

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan dan Aliff telah dihalau balik semula ke kawasannya iaitu daerah Jurong, Singapura.

Rata-rata netizen mula berasa kecewa dengan sikap Aliff yanag seperti tidak mahu berubah kerana ini bukan kali pertama video dia membuat kecoh di tempat umum tersebar.

Sudah-sudah lah tu Aliff…

Kohmen2
Sumber: twitter

Min harap, ada pihak yang boleh bantu bimbing Aliff menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah.

 

Baca: “Mereka suruh saya cari laki baru tapi…” – Bella Astillah Sedia Terima Aliff Aziz Semula, Akan Buat Pengumuman Tak Lama Lagi

Berla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.