in

“Mereka suruh saya cari laki baru tapi…” – Bella Astillah Sedia Terima Aliff Aziz Semula, Akan Buat Pengumuman Tak Lama Lagi

Ini Cinta Punya Pasal Lah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Katalah apapun, kalau hati sudah sayang… balik-balik kita akan bersama dengan orang itu juga meskipun keputusan itu tak disukai ramai pihak.


Perkara inilah yang berlaku kepada bekas isteri penyanyi Singapura, Bella Astillah yang mengaku dia dengan hati terbuka sedia menerima Aliff Aziz semula ke pangkuannya, lapor Berita Harian.

Bella Astillah 091019B
sumber: malay mail

 

“Saya tidak pernah membenci Aliff….” 

Tambah Bella lagi, keputusan yang diambilnya ini akan dibincangkan bersama keluarga dan bila tiba masa yang sesuai, dia dan Aliff akan membuat pengumuman berhubung perkara tersebut.

“Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh… Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.

“Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.

“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,” kata Bella.

Kata Bella lagi, segala apa yang dia lakukan kini adalah yang terbaik buat anaknya Ayden, tambahan pula Ayden sangat rapat dengan Aliff. Hatinya remuk setiap kali lihat Ayden menangis kerana berpisah dengan bekas suami. Uhuhu sedih pulak… 

 

“Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tak nampak sudut positif” 

Ditanya mengenai foto Bella dilihat merangkul tangan seorang lelaki yang dikongsikan di Instagram tak lama dulu, Bella tidak menafikan bahawa jejaka tu Aliff.

Gambar itu juga katanya diambil ketika mereka sekeluarga bersantai di Universal Studio Singapore (USS).

“Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.

“Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.

Akhirnya Ini Keputusan Diambil Bella Astillah Terhadap Perkahwinan Bersama Aliff Aziz 3
sumber: blog

“Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti,” jelasnya.

Kita doakannya jelah yang baik-baik untuk mereka. Kalau Bella ada jodoh lagi dengan Aliff, harap Aliff betul-betul dah berubahlah. 

Baca: “Siapa tahu kalau masih ada jodoh?” – Bella Astillah Minta Netizen Jangan Terlalu Kolot, Berharap Ada Jodoh Dengan Aliff?

Reconcile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.