in

“Dia baik, cuma sedikit ‘terbabas’ hari kejadian” – Individu Buat ‘Projek’ Di Parkir Masjid Mohon Maaf

Buat Projek Di Masjid Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai video pasangan bercinta yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kereta di parkir masjid.

Susulan tular video itu, seorang individu tampil menjelaskan mengenai kenderaan dalam video terbabit yang didakwa pelakunya bukanlah pemilik kereta sebenar.


Menurut Hilmi Hamdan, disebabkan video itu telah tersebar di media sosial, pemilik kereta yang merupakan bapanya telah menerima pelbagai ugutan dan cemuhan daripada netizen.

Artikel berkaitan: “Haritu Axia merah…” – Pasangan Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Kawasan Masjid

Pelaku dah mohon maaf

Terbaharu, Hilmi Hamdan memberitahu pelaku sudah pun membuat permohonan maaf di atas tindakan mencemarkan nama baik keluarganya.

“Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular, pesalah telah meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan lelaki dan perempuan itu telah hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon.

“Keluarga kami di Terengganu, manakala pesalah berada di Kuala Lumpur. Pesalah lelaki telah “serah diri” kepada pihak AJK masjid Gombak Utara di mana kesalahan itu dibuat.

“Dia menemui sendiri perakam, tukang viral, dan beberapa AJK Masjid. Katanya ada kesefahaman antara kedua-dua pihak sebagai syarat permohonan maaf diterima,” ujar Hilmi menerusi Facebook.

Menurutnya lagi, dia tidak akan mendedahkan wajah si pelaku dan berharap kejadian itu menjadi pengajaran buatnya pada masa akan datang.

“Ada yang minta kami dedahkan muka pesalah sebagai tanda kami tak tipu. Malah ramai juga yang minta kami suruh pesalah itu sendiri membuat kenyataan maaf secara terbuka atas kes ‘kawan khianat kawan’.

“Minta maaf sahabat-sahabat, agama ajar kita supaya jangan jadi pendendam. Pesalah adalah rakan baik adik saya. Dia juga pernah bertandang ke rumah kami di Terengganu.

“Pesalah yang kami kenal adalah seorang kawan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia sedikit ‘terbabas’ dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Semoga Allah ampuni dosa mereka.”

Hilmi juga memaklumkan individu yang menularkan video terbabit telah meminta maaf atas tindakannya yang telah mengundang fitnah ke atas pemilik Axia berkenaan di media sosial.

Screenshot 2024 05 31 104924

Sementara itu, pihak Masjid Gombak Utara dalam satu kenyataan memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menurunkan video tular tersebut bagi mengelakkan fitnah terus berlarutan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.