Khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri atau berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin.
Ia merupakan satu kesalahan besar dalam Islam dan boleh dihukum di mahkamah syariah yang membabitkan denda serta penjara.
Artikel berkaitan: Pecut Kereta Hingga Terbabas Sebab Kantoi Berkhalwat, Lelaki Sempat Larikan Diri Tinggalkan Kekasih
Artikel berkaitan: 2 Kali Ditangkap Berkhalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat
Terbaru, tular satu video di aplikasi X, perkongsian @MALAYSIAVIRALLL yang memaparkan sepasang kekasih terkantoi sedang melakukan perkara sumbang di tempat letak kereta masjid.
Video berkenaan telah tersebar di media sosial dan mendapat perhatian ramai, ramai yang merasakan tindakan itu melampaui batas memandangkan mereka melakukan perkara terkutuk itu di perkarangan masjid.
Dalam pada itu, terdapat seorang individu yang mendakwa selepas video itu tular ramai yang mencari pemilik kereta tersebut dan pemilik kereta itu membuat kenyataan di media sosialnya.
“Ia adalah kereta ayah saya, atas nama beliau. Seorang pesara guru dan sekarang seorang imam surau.
Nama ayah saya telah diviralkan juga beserta alamat rumah, kereta *** itu digunakan oleh adik bongsu saya yang belajar di Kuala Lumpur.
Adik saya seorang lepasan Tahfiz di sana beliau juga jadi imam dan guru mengaji, kami keluarga baik, Insha Allah,” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, individu yang dirakam itu masih belum ditangkap atau dikenakan apa-apa tindakan.
Sumber: X